QYLV
Walimatulurus #qylalif (Part 2: Aturcara Majlis)


Hi.

I'm back. Nak sambung balik part 2 dari majlis kahwin hari tu. Sebelum terlupa terus hehehe. Dah 3 bulan cuti dekat rumah untuk jaga kandungan kedua ni. Alhamdulillah, sekali lagi Allah SWT bagi rezeki untuk gantikan kesedihan yang lepas dalam tempoh yang singkat. Tak terungkap rasa bahagia & syukur ni. Selepas 4 bulan mabuk teruk, akhirnya aku kembali aktif melakukan semua benda. Ni yang siap update blog ni. 


Bachelorette Party


Tak silap aku 2 minggu sebelum majlis kitaorang, kawan-kawan kitaorang ada rancang buat "party bujang" untuk aku & husband. Diaorang ni kawan masa sekolah dan sampai sekarang masih berkawan. Seriously, tak tahu menahu langsung pasal apa yang diaorang rancang. Cadangannya ada yang ngajak lepak since memang dah jarang lepak masa tu. Salah satu sebab aku tak terfikir pun langsung pasal rancangan diaorang ni, diaorang ni bukannya semua perempuan. So tak akan terfikir langsung lah kan. Nak pulak lelaki-lelaki buat party-party ni kan. Haha funneeeeh. 

Hari yang sepatutnya kitaorang "lepak" tu, aku tersangatlah busy dekat ofis. Ada event yang perlu untuk aku stayback sampai malam. Kalau ikutkan, memang terpaksa cancel je. Punya beria diaorang masa tu nak ambik dekat ofis. Heyyy beria sungguh. Then, siap nak pergi sesama. Ok lah jom jelah kan. Sampai-sampai ternampak lah satu group dengan belon-belon segalanya dekat padang dataran shah alam tu. Dalam kepala otak aku masa tu tak dapat tangkap lagi. Bila turun je dari kereta baru nampak wajah-wajah penipuuuuuu semua tu! Eeee nangis tau. Suka sangat surprise kan orang. 

Thank you korang!


Malam Berinai


5/5/2016

Berlangsungnya majlis malam berinai untuk aku. Not-so-big event pun just nak pakai-pakai inai dengan kawan-kawan je masa tu. Siang sebelum malam berinai tu, ya ampunnnn pengantin busy sangat. Pagi tu pergi pickup barang perlu ada. Sampai je terus uruskan macam-macam. Masa tu rumah dah riuh sangat. Siap dah pasang karaoke. Hai semangat. Tapi seronok tau. Sebab tak pernah lagi dekat rumah ni ada kenduri besar-besar. Punyalah busy sampai tak sempat nak ambik baju kahwin. Baju nikah untuk malam esoknya, laki aku yang pergi ambik. "Qyla, jgn risau, alep dalam jagaan aku" - pejan. Thank you tolong kitaorang. Malam tu juga rumah belah lelaki ada kenduri. Siang tu diaorang se-family tengah merewang. 

Lepas maghrib, ada bacaan doa selamat & jamuan makan. Dan seterusnya start lah majlis malam berinai tu. Yang dari jauh ramai yang tak sampai lagi, so bridesmaid yang mana ada je datang masa tu. Lama jugak lah nak buat inai tu. Habis semua sampai 1 pagi. Nasib baik aku nikah malam dapatlah aku rehat kejap siang Jumaat tu. 


Akad Nikah




6/5/2016

Hari yang dinantikan telah tiba. Fuhh, lain macam tau rasanya. Siapa pernah rasa je faham. Tak duduk diam lah aku masa tu. Dia punya dupdapdupdap lain macam gilaaaaa. Aku decide untuk relax je hari ni, Tak nak buat kerja banyak sangat. Siang tu dah ramai orang datang untuk prepare apa yang patut untuk majlis malam tu. Actually, ada sebab kenapa aku buat majlis akad nikah ni malam. Salah satu sebabnya adalah nak cut cost. Dalam keturunan belah Abah aku, majlis biasa akan berlangsung dari hari sabtu, sabtu malam ahad & ahad. Biasanya, malam macam ni akan buat malam berinai besar. Which is pengantin akan bersanding malam tu. Tapi aku sendiri yang minta untuk tak ada majlis malam berinai besar dan gantikan dengan majlis akad nikah. 

Dalam kad juga tertulis majlis ni majlis berinai. Jadi, lepas je selesai majlis nikah, aku dah ke pelamin masa tu. Dah jimat lah dekat situ. Mak Abah aku setuju je rancangan aku ni sebab aku dah buat satu benda yang menjimatkan, hehe. Pukul 4 lagi my MUA dah terpacak dekat rumah masa tu. Cepat juga nak siap masa tu. Tak readddddddy!!!! Rasa nak lambatkan masa lagi. Tapi realitinya perlu aku lalui juga. Lepas je maghrib kawan-kawan dah datang masa tu. Rombongan pengantin lelaki pun sampai sebelum mghrib untuk solat berjemaah sekali dengan tok kadi. Yang menemani aku dekat bilik masa tu je faham macam mana ghabranya aku. Tak boleh cover hokeeeey.

Bila pengantin perempuan dah dipanggil untu keluar, automatically aku jadi relax. Ceh buat cool lah sikit kan. Aku dinikahkan oleh Abah aku sendiri. Alhamdulillah.. dengan sekali lafaz dah sah menjadi isteri orang. Wuuuuu laki aku confident betul masa tu. Nampak nau dah hafal skrip. Mak Abah terpaksa keluar awal sebab tetamu dah ramai yang datang masa tu. So tak ada lah drama sedih anak beranak dekat situ. Selamat aku! Ahaha.


Resepsi




7/5/2016

Hari yang dinantikan iaitu hari persandingan kami. Pengantin bangun lewat lah sikit hari ni sebab penat semalam semalam semalam tu tak hilang. Kena simpan tenaga untuk seharian ni. Bangun je dari tidur makanan sudah disedia oleh bibik. Bibik bagi tips rumah tangga lagi tau. Wahhh masa ni bangun dengan title isteri orang. Tengok pulak cincin dekat jari, haih seronok tak terungkap masa tu. Sanding masa tu aku juga yang decide untuk sanding awal pukul 12.30 t/hari. Tak nak lewat sangat nanti rasa kejap je sanding. Eh hehehehe gatai. MUA dah sampai awal pukul 10 pagi. Dan aku bersiap lah masa tu sambil ditemani my all bridesmaid. Happy dapat berkumpul balik dengan kawan-kawan yang jauh masa tu. Yang tak jauh tapi jarang jumpa pun ada. My bridesmaid semua yang aku pilih yang rapat je. Semua ada 8 orang + pengapit sorang. 

Bila rombongan pengantin lelaki sampai, aku diarak oleh bridesmaid I yang cun-cun. Dan diarak terus ke meja akan beradap. Disebabkan majlis ni majlis 2 pasangan sekali, jadi kami akan makan beradap dulu. Abang aku dgn kak ipaq tak bersanding hari tu, cuma buat sambut menantu sajooo. Seterusnya sesi foto-foto sampailah petang. Penat jugak kan jadi pengantin ni. Walaupun duduk saje. Habis sudah majlis kitaorangggggg. Habis jugak lah duit kitaorang. Kehkehkeh. Malam pula pengantin kena kemas periuk belangga sampai esoknya pun tak habis-habis. Penat tapi seronok. 

Majlis ni dijayakan oleh keluarga-keluarga dah juga jiran-jiran kami.Tanpa diaorang, siapalah kitaorang ni. Banyak sangat yang diaorang bantu. From A to Z. Superb!





Older Post | Newer Post



Qylv



Welcome to the life of a not-so-ordinary-wife! This blog is a way for me to share my thoughts, to write down things that I find interesting. Sit back and relax as you read about my journey.


Diary About



Instagram






Twitter







designed by qylv