QYLV
Walimatulurus #qylalif (Part 1 : Persiapan)


Hi.

Nampaknya entry yang aku tunggu sekian lama nak update sudah pun terlaksana. Taraaa! Daripada budak sekolah lagi nak buat entry pasal kahwin2 dekat blog sendiri, akhirnya tercapai jugak yay! Aku akan cerita pasal kahwin ni dari persiapan, bachelorette party, majlis berinai, majlis nikah dan akhir sekali majlis reception. Nak simpan buat kenangan aku dan suami. Mana tahu nanti dah bertahun-tahun kami kahwin, aku boleh throwback baca blog pasal perkahwinan kami. Hehe. Dan korang yang nak kahwin tu mana lah tahu dari baca entry ni dapat bagi korang inspirasi pasal wedding korang nanti. Aku pun rajin jugak baca blog-blog orang pasal kahwin2 ni. Untuk cari idea & juga untuk berangan. Kikiki. Dulu kuat berangannya nak kahwin. Nak majlis macam tu lah, macam ni lah. Bila dah kena batang hidung sendiri, baru sedor bukannya senang nak kahwin oiiii.

Ya, memang bukan senang. Kena kuat dari segi semua aspek. Lagi2 kami ni yang bercinta sejak sekolah lagi. Macam-macam dugaan dan rintangan kami dah lalui. Pengalaman tu semua mendewasakan kami. Tak pernah mengelur, selalu kuat. Dalam percintaan pun dah banyak dugaan apa lagi yang nak kahwin. Dugaan bertimpa-timpa. Perkenalan dengan suamiku dah hampir 9 tahun semasa kami bertunang. Pertunangan kami berlangsung 1 ogos 2015. Ikatan pertunangan 8 bulan sahaja sebab nak kahwin sebelum raya punya pasai. Gatai nak raya ada shuben. Ngeh ngeh. Persiapan aku bermula agak-agak 3 bulan lepas kami bertunang. Dalam bulan december macam tu lah. 5 ke 6 bulan sahaja persiapan kami. Cari nahas juga lah. Ingat senang sangat kan, endup tunggang langgang jadinya.


Persiapan


1. Tetapkan tarikh & tempat majlis

So, dari segi persiapan. Korang semua tahu persiapan perkahwinan selalunya ambil tempoh selama setahun ke 6 bulan. Respect lah dekat orang yang buat persiapan 3 bulan kebawah tu. Macam dalam drama tv3 je. Tak pun yang jenis harta 7 keturunan tak kan habis tu, mintak jelah apa yang dia nak confirm lah dapat. Perkara pertama selepas bertunang, mestilah kena bincang dengan family belah perempuan & lelaki tentang tarikh yang sesuai untuk melansungkan majlisnya. Jadi aku first2 dah cakap dekat parents aku nak kahwin sebelum puasa. Aku pilih bulan 4 sebab bulan april tu ada tarikh penting aku dan suami. Ceh! Tarikh couple lah tuuuu. Tapi hampeh, kena kuburkan niat tu sebab majlis abang aku dekat belah perempuan kena buat bulan april. So nak tak nak aku kena redha buat bulan 5.

Bila dah tetapkan tarikh 6 May 2016 aku nikah & reception 7 May 2016, parants aku dan parents suami akan bagitahu seluruh keluarga kami tentang tarikh tu. Setelah semua pun setuju, baru lah kami berdua boleh teruskan apa yang patut. Ada juga aku survey tempat2 untuk melansungkan majlis kami dekat area Shah Alam. Bila dah dapat yang ok, parents aku pulak tak setuju. Sebab risau jauh untuk tetamu nak hadir. Then parents aku decide buat je dekat rumah. Hal kos kenduri semua diaorang tanggung. Kami cuma perlu cari persiapan untuk kami je (selamat duit bila parents support semua. ngeh ngeh) Bermulalah detik kemurungan aku dan suami masa tu. Haha. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah disebabkan hal kahwin ni. Benda pertama aku cari mestilah pakej lengkap. Masa aku tunang dulu, aku tak ambik pakej. Semua benda buat dan cari sendiri. Jadinya, aku dah serik! Bukan senang ok. So aku dah tak nak ulang kepenatan kepeningan sekali lagi.

2. Tema warna & majlis



Disebabkan aku ni peminat colour pink dari kecik, aku nak jugak pink pink masa kahwin. Kehkeh. But no so pink pun, nak soft2 je. Aku pilih tema colour blush pink ada campor sikit gold, brown, peach, & cream. Pening juga nak pilih tema2 ni. Akhirnya ku relakan jua lah. Dapat ilham colour ni of coz dari google. Dekat mana lagi nak dapat ilham selain dari google? Hihi.Bila dah setuju, boleh lah pilih semua benda ikut tema majlis kan. Untuk tema majlis pula, aku pilih nak banyak bunga blush pink & cream.

3. Pekaj lengkap (Pelamin, busana & makeup)



Pakej lengkap yang kena ada selalunya, pelamin, baju lelaki perempuan, makeup, set perlengkapan, walkway, hand bouquet, meja nikah kerusi nikah. Pakej ni aku cari sekejap je sebab dah kenal ada kawan yang kerja dekat butik pengantin dan dia punya pakej menarik sangat. Aku jenis suka tengok pelamin dia dengan baju-baju. Kalau cantik & ikut trend, aku suka. Tanpa fikir panjang terus book pakej exclusive rumah dekat Embun Klasik Bridal di Bangi. Booking ni actually penting untuk mengelakkan tarikh kahwin kita tu full. Kalau full sila lah nangis ye. Masa tarikh kahwin aku pun memang full lah. Nasib kawan aku tu boleh reserve kan dulu. Settle booking pakej, kita cari pula photographer.

4. Photographer

Photographer masa tunang aku ambik kawan yang aku dah kenal lama. Tapi tak dapat nak ambik masa kahwin ni. Nak cut cost sikit untuk photograph things ni. Mostly almost 3k and above dia punya pakej. So, aku carilah yang boleh jimat. Boleh buat tambah benda lain. Asal ada gambar je untuk kenangan kan. Bila aku jumpa satu pakej ni, murah gila weh. 2 majlis total 1.3k je termasuk album semua. Sangat berbaloi. And..no transport charges langsung. Harga masa aku kahwin lah, sekarang dah naik sampai 1.6k kot. Tak fikir panjang jugak, terus book. Lepas tu ada add on untuk pakej pre-wedding. Saje gatai nak ada pre-wedding lah bagai ken. 2 bulan before majlis, kami buat pre-wedding photoshoot and videoshoot. Simpan untuk kenangan gittuwww! Photographer ni boleh direct contact amymedusa (nama ig dia)

5. Penambahan busana



Seterusnya, kita cari pula baju nikah. Disebabkan baju nikah aku tak termasuk dalam pakej dekat Embun, aku terpaksa memerah otak mencari idea baju nikah dekat tempat lain. Banyak jugak aku survey dekat butik & cari baju sewa dekat Instagram ke Facebook ke. Malas lah nak buat sebab pakai sekali je pun. Walaupun harga buat dengan sewa sama je tapi aku tetap nak sewa. Penat lah nak fikir itu ini macam masa tunang dulu. Aku nak tenang tenang je and oso nak jimat. Boleh dikatakan tiap minggu jugak hakak dekat butik Embun tu jumpa aku. Asal aku je, nak try try baju. Haha. Ingatkan nak jugak add on baju nikah dekat situ, tapi tetibeeeee.... aku terjumpa satu baju yang aku idamkan sangat! Masa ni kan tengah IN sangat dress kahwin kembang2 gittuw. Akhirnya dapat jugak. Dapat sebulan sebelum majlis engko tahu tak.

Bila dah dapat, aku pun gheti2 lah tukar baju nikah ambik dekat Embun. Cancelkan baju sanding. But actually sama je rege dia. Baju nikah aku tu aku tengok 2 minggu sebelum majlis. Masa tu jugak lah buat final fitting. Penat jugak lah last-last minit nak kahwin masa tu. Macam2 kena fikir dan nak pergi. Orang kata tak elok kalau pasangan tunang yang nak berkahwin berjumpa. Tapi apa kan daya, kami terpaksa jugak jumpa sebab nak settle kan hal kahwin ni makcik oi. Baju dah settle! Dah malas dah nak tukar2 baju lagi. Confirmkan jelah terus yang baju tu kami ambik. Dan sekarang cari baju bridesmaid pulak. Ni senang je, sebab aku dah mintak tips awal2 dekat kawan yang dah kahwin. Mana nak cari kain bridesmaid murah2. Bila dah dapat, terus ngap. Colour pun dapat sebijik ikut theme. Bridesmaid juga dapat parcel special dariku. Bridesmaid aku ada 8 orang. Semua ni yang betul-betul rapat je.

6. Doorgift

Lagi 2 minggu nak kahwin, aku mencari doorgift. Tak tahu lah dah berapa kali aku pergi Nilai 3 nak cari doorgift. Last2 tak beli pun. Banyak beli karpet je sana. Dah buntu sebenarnya nak bagi apa. Dalam masa yang sama tak nak bagi yg cliche punya barang. Boringggg. Ada kawan bagi idea beli barang dekat ikea as a doorgift. Aku mengajak lah officemates masa dekat Nitto dulu teman aku shopping doorgift. Dari pagi ke malam dekat situ memborong barang. Alhamdulillah, puas hati sangat. Aku banyak buat dan ikhtiar sendiri. Parents aku dah banyak benda diaorg kena fikir and handle. Hal kenduri semua 100% diaorg, so aku tak nak lagi bebankan diaorg dengan benda remeh ni. Masa tu kereta pulak tengah dekat bengkel sebab accident. Before ni aku pernah buat entry pasal dugaan bertunang dulu. Tulah, kadang betul lah orang tua kata jangan kerap jumpa bila nak dekat kahwin ni. Tak elok.

7. Tetapkan jumlah tetamu & jumlah kad kahwin

Jumlah tetamu masa kenduri tu kami anggarkan 3-4 ribu orang. Senarai nama tetamu semua tak ambik tahu. Aku ambik tahu tetamu aku je. Hahaha. Jemput semua orang yang aku kenal, alhamdulillah tak ada yang tak jemput melainkan terlupa. Ramai sangat yang datang sampai tak sempat pun nak jumpa. Terjumpa gambar diaorg dalam facebook, kalau tak tak tahu pun diaorg datang. Haha. Kawan sekolah lah paling ramai sebab kitaorg bercinta dari sekolah kan. Kawan kolej pun, kawan kerja dulu pun ramai. Thanks korang! So kad kahwin parents aku buatkan dalam 2 ribu keping. Kad kahwin pun parents yang sponsor. Katanya nak support kawan Abah aku yang ada buat printing. Aku ya kan aje lah. Dah jimat duit aku dekat sini. Aku tak tengok langsung kad kahwin aku macam mana ghupenya sampai lah dah siap baru tengok. Asalkan Mak Abah suka, Ya suka juga. Hehe.

8. Kompang, silat, live band, etc




Booking kompang? Tak ingat langsung. Benda tulah yang aku buat paling last sekali. Aku ingatkan Abah aku ada book kompang untuk aku. Rupanya nokharom. Actually tak kisah sangat pun kalau takde, tetibe cousin aku whatsapp aku cakap nak bawak kawan-kawan askar dia datang main apa benda tah nama dia tu untuk gantikan kompang. Siap nak bawak group live band sekali. Alhamdulillah, settle satu masalah aku. Haha. Agak kelam kabut last2 tu. For silat pula, aku tak tahu pun sebenarnya ada silat. Kehkeh. Disebabkan Abah aku cikgu kepada persatuan silat dekat sekolah dia, jadinya dia kerah jugak lah budak2 tu silat dekat majlis anak dia. Adik aku juga salah sorang ahli silat dekat sekolah tu. Kompiden je dia silat. Maceh manyak2 memeriahkan majlis demi hakak terchenta.

9. Photobooth / Guestbook


Banyak juga barang yang aku DIY sendiri. Contohnya, sticker/notes untuk doorgift, banner, photobooth. Photobooth pula, aku cut cost dengan buat sendiri. Masa kerja Nitto dulu, aku bahagian SHE (Safety, Health & Environment) so ada kena mengena dengan recycle barang. Dengan tak malunya aku kaut pallet dekat sana. Tiap minggu aku angkut naik kereta mak aku ambik sikit2 pallet tu. Jahanam kereta. Haha. So yang buat photobooth tu kawan Abah aku. Jimat kan? Kikiki. Not-really-photobooth pun sebab aku buat "Love Notes" booth. Masa zaman aku ni memang tengah IN lah guna2 pallet ni, kalau zaman engkorang tak tahu lah pulak. Boleh je try try buat, tapi tok sah membazir ok dengan benda2 remeh cani.

10. Borang nikah, tok kadi & HIV test

Persiapan borang nikah & book tok kadi ni sumpah aku buat last2 minit. Sampai kena bebel macam tak nak kahwin je. Mana ada masa oi. Dedua busy koje yang susah nak cuti. Nak simpan cuti kahwin punya pasal. Seminggu sebelum tarikh nikah kami, aku pergi settle kan borang nikah & jumpa tok kadi. Seharian cuti tu, busy kehulur kehilir settle kan hal kahwin. Pagi ke klinik buat HIV test lepas tu ke pejabat agama lepastu ke butik lepastu jumpa tok kadi. Bila dah settle tu, lega gilaaaaa! Dah boleh kahwin seronok dia lain macam masa tu. Oh ya, tok kadi kena booking palingggg awal masa korang pilih tarikh nikah tu ya. Sebab tok kadi ni selalunya penuh. Nak2 korang pilih tarikh yang cuti sekolah. Masa aku pilih ni, aku memang nak sangat nikah hari jumaat. Tapi dah full. Jadinya, aku pilih lah untuk nikah malam. Betul2 lepas maghrib kami nikah.

11. Handbouquet


Bagi aku, handbouquet paling penting kena guna fresh flower. Baru ada aura pengantin dia tau. Bagi aku lah, bagi engkorang tak tahu lah. Kekekeke. Ada yang kata membazir je pakai bunga fresh yang cepat layu dah tu mahai pulak. Tak rugi pun sebenarnya sebab... sebab apa eh? Aku pun tak tahu nak explain. Tapi senag cerita memang tak rugi. Handbouquet nikah aku dapat free dari Embun. Aku pilih rose merah sebab nampak naik sikit bila pakai dengan baju nikah colour champagne. Untuk sanding pula, aku beli dari MUA yang makeup untuk nikah. Cantik dia buat colour pastel. Tak mintak pun colour tu tapi dia suggestkan, bila dah dapat nampak cantik & sweet je. Dah lah rege dia murah sikit dari yang lain. Saya suka! Handbouquet dari Kak Suhana Mohd Khalid (nama facebook dia)

12. MUA nikah & reception



Untuk MUA reception dah sekali dalam pakej Embun. Makeup untuk reception boleh je aku pilih sape2 dalam list Embun. Boleh juga pilih alha tau. Tapi tak dan nak pilih alha makeup sebab full. Kawan aku bagi yang top list MUA diaorg yang lain iaitu kak yayasharif28 (nama ig dia) makeup kak yaya cantik juga. Aku pilih nak mcm doll sikit tapi tak nak over sangat. Disebabkan makeup nikah tak dapat lagi, aku add on MUA dari Sijangkang iaitu akak Suhana yang buat handbouquet reception aku tu. Dia makeup cantik tau. Murah pulak tu! Sumpah tak tipu murah. Harga dia susah nak dapat sekarang. Dah lah dia get ready awal masa hari aku nikah tu. Nikah malam tapi petang dah terpacak dekat rumah. Haha bagus tau. Sebelum mulakan makeup, make sure ambil ice cube dulu tenyeh dekat muka ya. Untuk segarkan lagi skin dan buat makeup tahan lama. Dua2 makeup aku sempat bubuh ice. Yay!

13. Henna


Korang tanya lah mana2 pengantin, mesti book henna ni susah. Susah bukan apa, sebab kebanyakan semua full. Disebabkan aku nak sangat ada henna night, aku pun kena juga dapatkan henna artist yang akan datang rumah. Booking awal juga masa tu, antara yang paling awal aku book henna lah. Biasanya booking fee dalam rm30 - rm50 je. Total cost dia rm200 - rm300. Ikut design korang macam mana korang nak. Henna ni di sponsor oleh kawan ku, Kak Dayah! Terima kasih sangattttt. Nanti dia kahwin aku pulak nak sponsor dia. InshaAllah. Kak Dayah ni kawan dekat Nitto. Baru je kenal tapi rapat sgt.

14. Kek kahwin


Ha! Kek pun antara perkara penting dalam majlis kahwin tau. Jadi jangan lupa order kek. Tak kisah lah kek kecik ke kek setinggi klcc ke. Ikut suka engkorang lah. Dan kek ku di sponsor oleh sedara ku sendiri. Aku request je nak kek macam mana. Dan aku jugak tahu dia tahu buat victoria sandwich cake so aku pun minta lah dia buatkan. Siap bagi gambar google lagi. Yang paling best, tu lah first kek dia dan tu lah kek yang paling terbaik aku pernah tengok. Cantik gila!!! Siap tambah dengan red velvet cake untuk 3 tingkat. Dan aku order topping cake dari kawan aku, Ausi. Malangya, masa nak suruh dia bubuh topping tu, dia tak bawak hahahahahahahaha. Nak nangis aku masa tu. Tapi nak buat mcm mana, rumah dia dekat Terengganu ok. Takkan nak suruh dia balik ambik pulak kan. Keh.

15. Catering (hidangan & khemah)



Seminggu sebelum majlis, tetibe parents aku cancelkan catering. Dan katanya nak buat kaedah rewang. Best gila! Aku suka sangat kalau buat rewang sebab lebih meriah. Bila buat rewang, seluruh jiran tertangga & family kitaorang ada tolong menolong. Kenduri aku dah start dari hari khamis lagi. Masa tu pengantin dah start cuti seminggu awal. Aih tak senang duduk betul. Hari rabu pula dah pasang khemah dan pelamin. Masa kenduri tu, ada sedara aku askar ni dia bawak geng askar dia datang merewang. Sangat meriah. Diaorg siap buat live band masa hari persandingan. Thank you thank you. Seriously memang aku tak ambik tahu langsung juadah dan apa saje kelengkapan untuk kenduri. Sampaikan ada kambing golek, ada stall char kuey teow, stall ice cream, dan segala jenis makanan yang ada aku tak tahu pun ada. Lepas majlis baru tahu rupanya ada semua tu. Kikiki teruk ken.

Aku rasa benda ni akan jadi list paling lasttttt untuk aku. Sebab aku tak ambik kisah pun pasal benda ni al kisahnya. Kikiki. Macam aku bagitahu tadi, abah aku cancel last minute untuk catering. Catering tu kawan dia, orang tu cakap walaupun kami cancelkan catering tu but still dia datang tolong masak. Alhamdulillah everything went well. Khemah siap pasang awal seminggu masa tu. Wahhhhh excited ok masa tu. Tema khemah aku pilih cream with white sebab nak nampak soft je. Orang datang majlis aku pun akan rasa tenang je. Hamboi kemain kenn. Tak sangka sangat abah aku order khemah lebih dari sepuluh. I think 11 ke 12 masa tu. Lupa lah. Sampai orang yang pasang pelamin tu cakap "akak ni anak first yang kahwin ke nampak meriah" Bukan anak pertama but this is our first big kenduri. Anyway, thank you soooo much mak & abah. Always bagi yang terbaik untuk anak2.


Love, Qylv




Older Post | Newer Post



Qylv



Welcome to the life of a not-so-ordinary-wife! This blog is a way for me to share my thoughts, to write down things that I find interesting. Sit back and relax as you read about my journey.


Diary About



Instagram






Twitter







designed by qylv