QYLV
First Pregnancy



Hi.

Minggu pertama bekerja di tempat baru semua okay je. Nampak je duduk office tapi busy dia ya ampun tak terkata. Dari masuk office pagi tu sampai ke petang tak menang tangan. Apa lagi nak curi-curi tengok handphone. Tak menyempat langsung. Tapi hari ni sempat-sempatkan diri update blog. Hehe aku dah rasa macam nak selalu lah update blog since tengok blog-blog blogger yang meletop letop dah ramai. Jealousnya kita! Nak mintak shuben belikan iMac lah gini baru boleh hari-hari update blog, hehe.

Entry kali ni nak share my first pregnancy. Actually, pernah lah terdetik tak nak pun ada anak lagi sebenarnya. Nak honeymoon dulu dengan husband, nak travel sini sana dulu. First week lepas kahwin, dah rasa badan tak sedap sangat. Rasa macam moody teruk sangat. Asyik-asyik merengek dekat husband. Sampai laki aku tak tahu nak buat apa bagi aku ok. Pastu memanjang je mintak belikan coklat. Masa tu suka makan kisses. Tiap hari husband balik kerja aku mintak dia belikan coklat kisses. Masa tu dah rasa macam pregnant tapi terlalu awal nak check. So layankan jelah pe'el awal2 pregnant tu.

Second week masih lagi meragui, pregnant ke tak. Masa tu masih bekerja dekat Nitto. Agak ganas lah. Angkat barang berat lah, turun naik tangga lah, tu tak kira lagi stress kerja dan termasuklah stress dengan orang sekeliling. Masa second week lagi aku dah rajin cari tanda2 awal pregnant dekat google. Memang google kawan baik aku lah masa tu. Mintak je apa, aku dapat. Hehe. So dari situ lah aku dapat tahu aku ada tanda2 awal pregnant. Antara tanda2 yang aku dapat :-

1. Husband demam berlarutan
2. Aku demam selepas husband demam
3. Moody
4. Kuat makan
5. Angin badan
6. Berdenyut dekat rahim
7. Kuat tidur
8. Memanjang nak baring jeeee
9. Cepat penat.
10. Sakit payudara
11. Sakit kepala seminggu berlarutan (sakit yang amat sangat!)
12. Keluar keputihan pekat
13. Selalu sakit pinggang
14. Instint kuat kata sah mengandung dari first week lagi (over confident haha)

Lepas tu beranikan diri nak try UPT. Tak teringin pun nak check masa tu sebab tahu dah mesti takkan +ve sebab terlalu awal. Masa tu pergi pharmacy sebab nak beli ubat utk MIL. Alang2 masa tu mintak husband belikan UPT. Dok lah belek2 benda tu sepanjang malam. Excited pulek nak try. Hehe. Bangun je pagi esok nya, aku pun gatai lah nak try jugak. Orang kata kalau nak check UPT check awal pagi masa bangun tidur sebab air kencing kita masa tu result akan accurate. Tunggu lah sampai 5 minit nak tengok result dia. Endup, -ve. Sedihnya masa tu. Down gila tahu takkkk!

Dari situ aku faham sangat orang yang menanti nak ada anak, check UPT tapi -ve. Husband aku kata takpe lah kalau tak ada lagi, awal sangat pun aku nak rasa down. Tak sampai sebulan kahwin pun masa tu, hehe. Dulu beria tau tak nak anak dulu tapi lepas kahwin tu rasa nak cepat2 je ada anak. Rasa nak pikul tanggungjawab sebagai seorang ibu. Mesti best kan...

Sehingga lah aku kira period aku yang sepatutnya keluar hari tu tak jugak keluar. Aku dah pelik dah. Sebab aku jenis period normal. Seminggu jugak aku tunggu. Tapi aku relex je sebab orang kata kena tunggu period delay sampai 2 minggu. Tak nak rasa down lagi bila check UPT tapi -ve. Lepas tu ada lah satu hari ni aku memang nak MC sebab nak pergi interview. Masa tu dah nak berhenti dekat Nitto. Pagi lagi aku dah pergi kilinik nak ambik MC. Aku tahu 1 Klinik ni dia memang senang gila dapat MC. Jadi, aku antara regular customer dekat situ.

Bila masuk je bilik jumpa doctor, aku pun terangkan lah yang rahim aku terasa sakit sangat. Sebab 2 hari sebelum tu aku ada pergi klinik atas sebab yang sama. Tapi doctor tu kata benda biasa je. Alang2 nak ambik MC ni, bagi jugak lah alasan yang sama. Katanya sebabkan keputihan aku. So dia bagi satu ubat. Tetiba aku rasa macam nak cakap yang period aku dah delay. Dia pun suruh lah aku buang air & check UPT. Masa tu aku tengok nurse yang tengah tunggu result aku tu dia senyum2 je dekat aku. Dari situ aku rasa macam... pregnant ke aku!! Muka masa tu tak leh nak sorok rasa bahagia.

Doctor panggil, dan dia pun bagitahu "Puan, awak pregnant lah!" Ya Allah happy gilaaa gilaaa tahu tak. Sampai tak hirau dah tudung aku nak tercabut masa tu. Doctor pun nasihatlah aku supaya jaga diri, jaga makan sampailah masa untuk aku scan & pergi monthly checkup. Masa tu tengah excited nak cakap dekat husband dah, jadi aku tak hiraukan langsung dia nak cakap apa. Haha. Dia kata nasib aku check UPT dulu kalau tak dia bagi je aku makan ubat tadi tu tak ke naye?! Keluar je Klinik tu, dalam kereta dah call husband ku. Bagitahu yang aku pregnant. Suara dia macam happy gila tau. Macam baru tahu dapat result cemerlang dalam exam.

Lepas husband aku, of course lah mak aku orang yang terpenting tahu pasal berita gembira ni. Yela, cucu pertama belah aku & belah husband. Masing2 pun excited. Trust me, siapa2 pun akan rasa perasaan ni masa first pregnancy korang. Aku dengan husband aku terus pergi cari susu yang boleh aku minum. Lama jugak lah aku kena tabahkan diri minum susu kambing yang hanyir tu. Masa tu tengah puasa kan, tahu jelah makanan serta juadah yang tak boleh ku tolak. Serious talk, tak jaga makan langsung. Husband aku lagi lah hape pun tak tahu. Sama2 blur tau. Jadi kitaorg macam zero pasal perkara ni. Balik rumah MIL, tiap minggu lah MIL masakkan aku kari ketam. Kira tu menu utama dia buat untuk aku sorang. Sebab laki aku jenis tak makan ketam. Selain tu, banyak makan tembikai. Tak tahu pun yang pregnant awal tak boleh makan tembikai. Tu tak kira lagi benda lain aku telan.

Masa kerja dekat Nitto, Ya Ampun.... stress memanjang! Sampai satu tahap budak sebelah aku kena tenangkan aku "Ko jangan stress2" tapi aku masih juga tak boleh nak kawal stress masa tu. First, sebab boss yang macam hmmmm susah nak cakap. Setiap pagi, hari2, bagi pekerja dia tertekan. Yang lain, bagi aku kerja non-stop lepas tu nak kerja siap dengan cepat. Ingat aku robot agaknya. Ada juga yang perasan aku stress dekat office. Sampai kena nasihat banyak kali kesian dekat baby tu. Aku memang tak pandai nak control stress masa tu. Hm.

Lepas je berhenti, hari first day dekat rumah tu aku buat kerja rumah. Basuh baju, sidai baju banyak gila, dah lah berat, siap menyapu lagi. Tah lah kenapa aku tak fikir yang aku tak sepatutnya buat kerja rumah dulu masa tu. MIL selalu suruh aku rehat je dalam bilik tapi aku ni yang degil. Yela masa tu dia baru lepas operate mata so tak boleh juga nak buat kerja rumah. Esok nya, aku terpesan yang aku ada spotting. Masa tu tak takut pun lagi. Bila aku tanya mak aku, dia kata itu normal. So aku relex jelah. Tapi kan perasaan kita ni sememangnya tak tenang. Aku banyak google nak tahu kenapa benda tu terjadi. Banyak yang ke arah negative dari positive :((((

Masa tu menangis je. Ajak husband pergi hospital SALAM malam tu jugak. Bila buat check up, doctor kata "kamu kena terima apa saje keputusan, kamu masih muda, boleh cuba lagi" wehhhhh tak ke lagi buat aku menangis dekat situ??? Tak kisah lah muda ke, merancang ke tak merancang ke, subur ke tak subur ke, aku tetap sayang anak ni. Siapa je nak anak yang kita kandung ni tinggalkan kita.... Lepas tu doctor suruh aku warded. Tapi aku ngelat kata esok jelah aku datang. Sebab aku tahu SALAM tu memang suka warded orang. Cis! Jadi aku pun balik lah dengan kedaan menangis lagi. Husband tetap tabah masa tu. Dia pun tak tahu nak buat apa bagi aku tenang.

Keesokkan harinya, aku dengan tak sanggup nak tunggu doctor pakar dekat SALAM tu datang pukul 9, aku terus ajak suami pergi Hospital Klang. Dari pukul 6 pg tu sampai ke tengah hari tak settle2 lagi aku dekat ward bersalin tu. First time aku masuk situ, aku terpinga-pinga. Banyak lagi masalah ibu mengandung dekat sana masa tu. Kesian sangat bila tengok ada yang tengah tahan sakit macam nak bersalin dah. Ada pulak tu masih boleh senyum lagi dekat aku. Ya Allah.. kuatnya jadi seorang ibu. Tengah sakit nak bersalin tu masih boleh senyum lagi. Bila turn aku kena check up, dia dah keluarkan mulut itik. Nak tahu apa itu mulut itik? Silalah google. Seram.

Tabah je aku sepanjang procedure tu. Dari ke mulut itik sambung scan dari bawah pulak. Nasib baik doctor tu pandai alihkan fikiran aku dengan pertanyaan dia yang aku rasa tak masuk pun tanya soalan kerja apa dekat mana masa aku tengah sakit tu. Pfffft. The result is... "Puan kena tunggu ya sampai next appointment" Haih tak tenang betul hidup aku masa tu. Balik rumah, sambung lagi nangis. Moment paling aku tak boleh lupa, aku baru lepas habis solat, baring sebelah suami, aku nangis teresak-esak, dengan laki-laki aku sekali nangis masa tu. Bila aku tanya kenapa dia menangis, dia cakap sebab aku menangis :')))

Spotting berlarutan sampailah raya. Nak raya lagi, nak kena berjalan jauh lagi, memang tak dapatlah aku nak duduk terbaring je. Dengan hati yang cekal aku gigihkan diri juga lah keluar sini sana, travel balik Johor, dah tu degil sangat pergi pakai heels pulak. Cari nahas. Sampailah satu hari tu, aku nak beraya dengan kawan-kawan, aku rasa macam tak sedap rasa dekat bahagian bawah perut. Orang kata sakit tu rasa macam period pain tapi aku sendiri pun tak pernah rasa. Tapi masa tu gigih lagi berjalan sampai ke petang. Petang sikit masa tu otw ke Meru, aku cakap dekat husband yang aku tak sanggup lagi nak tahan. Cecepat dia bawak aku pergi hospital.

Macam biasa lah, kena lalui procedure mulut itik ke scan bawah. Akhirnya doctor sah kan yang aku keguguran. Hmmmmmmmm. Nangis jugak lah masa tu tapi aku dah kuatkan mental aku masa tu, aku tetap senyum. Doctor tu pun tegur yang aku ni kuat. Aku jenis cepat move on kot sebab tu aku boleh kuat. Doctor kata tunggu dalam minggu tu akan keluar kantung yang comel tu. Cuma kena tahan sakit sikit macam separuh nak bersalin. Blurp blurp. Keluar dari situ, aku nampak suami aku dengan sabarnya menunggu aku. Aku sampaikan berita sedih ni dan kami berdua tetap senyum dan berkata "mesti Allah SWT nak bagi rezeki lain, percayalah." InshaAllah hopefully lepas ni dapat rasa pregnant lagi. Amin..

Nak dijadikan cerita, aku tak menjalani process D&C sebab kantung keluar sendiri. Alhamdulillah.. dan hari yang sama aku pergi hospital lagi. Tapi tanpa ditemani suamiku sebab dia kerja. Gigih tau sakit2 tu dekat hospital sorang2. Dan seperti biasa, kena lalui perkara yang sama. Bosannnn.... Harap2 lah lepas ni tak masuk dah dekat situ. InshaAllah, semoga Allah permudahkan segalanya. Dari bahagianya kami ke deritanya rasa kehilangan. Rasa kehilangan ni tak sama macam korang yang kena tinggal bf/gf tu ok. Insan yang pernah merasa miscarriage je yang faham. Yang pernah merasa banyak kali tu lagi lah kuat. Respect!

Sekarang saya menjalani kehidupan seperti biasa. Dah bekerja ni rasa dah mulakan hidup baru yang cukup bermakna. Dapat tingkatkan career, itu pun antara rezeki yang Dia bagi lepas aku kehilangan insan baru didalam rahimku sendiri. Dan sekarang tengah membusykan diri ber-bisnes. Aku sabar menanti saat nak pregnant balik, which is kena tunggu lagi 3 bulan. Kalau terus lekat lagi nanti apa salahnya. Nak sangat jadi Mommy! Doakan saya dan insan lain yang menanti untuk menjadi seorang ibu dapat merasa
precious moment tu ye. Till next time! x



Older Post | Newer Post



Qylv



Welcome to the life of a not-so-ordinary-wife! This blog is a way for me to share my thoughts, to write down things that I find interesting. Sit back and relax as you read about my journey.


Diary About



Instagram






Twitter







designed by qylv