QYLV


Assalamualaikum.

Alhamdulillah hari ni dah sampai raya yang ke-8 kita menyambut hari raya aidilitri untuk tahun ni. Syukur masih diberi peluang untuk bersama keluarga tercinta. So, tahun ni raya pertama as husband and wife. Seronok, Alhamdulillah. Muda-muda dah rasa pengalaman macam ni. Allah knows best. Apa saje yang kita lalui ni adalah perancangan Dia yang terbaik. Bersyukur. Raya tahun ni first time dapat rasa balik kampung jauh-jauh. Raya pertama belah suami di Johor Bharu. Dah puas cuti berhari raya kome kena reja dah ye yop. Aku je yang tak perlu fikir kerja buat masa sekarang. Hehe.

Entry kali ni nak cerita pasal kerja yang dah ditinggalkan. Actually tak pernah sekali pun update dekat blog pasal kerja sebelum ni. Maybe this entry macam special for me. About a year ago, first of July aku berpindah dari kerja di Ampang bertukar ke Shah Alam. Dulu kerja di salah satu syarikat oil & gas dekat Ampang selama hampir setahun sebelum grade. Alhamdulillah aku tak pernah lagi rasa menganggur. My position dekat previous company Accountant. More to number2 sampai juling mata aku. Dekat Ampang aku satu office dengan kakak ipar. Awal2 dah ada kawan tak ada lah krik krik sangat. Conclusion dia tak bosan pun kerja dekat sana walaupun kerja aku as accountant ni bosan nakmatiiii.

Hampir setahun dekat sana, aku nak tukar tempat kerja dengan rumah parents yang lebih meyenangkan aku & keluarga juga. Dah malas dah kerja jauh2 ni. Expenses pun tinggi. Masa tu pulak aku planning nak bertunang & berkahwin and of course aku perlu fikir kedepan, hehe. Hampir sebulan aku apply sini sana pergi interview sampai 3 tempat dalam sehari. Endup aku dapat dekat one of oil & gas company juga dekat je dengan rumah. Position yang lebih kurang sama cuma tu company cina yang perlu bekerja hari sabtu. Berat hati tu Allah je yang tahu. Aku pula dah hantar resign letter pulak. Sementara aku nak accept offer ni, aku masih ligat pergi interview sana sini. Sampailah satu hari org tu call nak aku sign offer letter cepat untuk confirmation. Aku buntu. Tak henti berdoa untuk dapat offer yang lain. 

Dalam hari yang sama aku cuti untuk confirmkan dkt company tu, aku pergi satu interview dkt Shah Alam. Masa interview tak tahu kenapa aku rasa lapang dada je. Confident level tinggi gila masa tu. Sebelum masuk bilik interview ada sorang abang tu datang dekat aku & bagi number dia suruh aku cakap yang aku kenal dia. Interview process dia macam tenang je tak buat aku rasa takut pun, hehe. Lagi aku rasa confident aku dapat adalah. Hahahaha confident lebih! Dia cakap nak call next week. Alah dah lah kena bagi jawapan dekat company lg satu tu. Matilahnak.

Aku tangguhkan lagi nak bagi jawapan sampai org tu asyik lah call aku. Aku asyik lah bagi alasan ada dekat luar kawasan. Selang berapa hari je aku dah dapat call dari Nitto yang aku dapat offer ni. Alhamdulillah happy gila. Sampai aku ckp dkt HR tu "saya memang tunggu awak call pun" haha tak malunya lah kan. Detik permulaan aku dekat Nitto pun bermula. 1st of July hari aku lapor diri. Masa tu terpaksa tumpang suami (masa tu belum suami lagi) pergi kerja sebab no transport, hehe. Tapi sekarang dah berkahwin & ada kereta sendiri. Alhamdulillah. Awal nau nau sampai. Bosan jugak tunggu dkt waiting room tu dari pukul 7 pagi. Padahal masuk 8.30 pagi. 

Mula2 kena briefing dekat interview room dulu. Dia ajar senaman yang setiap pagi kena buat. Company jepun memang mcm tu kot? So layankan jek. Dia bawak masuk main office. Ambik ko, orang pandang macam nak makan aku. Tahu lah bulan puasa. Tetibe confident level low sampai tak bernyawa je rasa. Dah terbiasa officemates sikit yang ni ramai pulak orang lepas tu meja langsung tak ada penghalang antara department. Macam mana lah diaorg ni bekerja (dalam hati aku masa tulah). Segannyaaaaaaa hari first kerja tu. Dah lama sikit tu rasa ok sikit. Ah, aku sorang je perempuan dekat deparment aku dapat tu. Sedih.

Dua tiga hari kerja, aku mula rasa selesa. Ramai orang dah mula biasakan diri dengan aku. Aku rasa diaorg ok lah. Tak sombong. Sampailah aku dapat kawan yang sekepala dengan aku. Ngam teruk sampai pergi mana pun dengan dia je. Sebulan lepas tu, pertunangan aku dan suami masa tu berlangsung. Aku sebenarnya rahsiakan pertunangan ni dengan officemates aku semua sebab masa interview diaorg nak orang yang masih bujang. Aku pulak masa tu dah planning nak bertunang. Hehe if you know what I mean. Sampailah orang tahu sendiri aku ni tunang orang. Baguslah tahu sendiri dari asyik sibuk jaga tepi kain orang. Eh.

Aku pernah rasa down gilaaa gilaaa. Bila orang mula bercerita pasal aku dekat sana. Tak tahu lah apa yang best sgt nak tahu pasal aku sampai orang nak sibukkan sangat. Aku pernah menagis dekat pantry teresak esak, pernah half day lepastu terus pergi penang tenangkan diri, pernah give up sampai nak lari dari tempat gila mcm tu. Semua dah aku pernah rasa. Awal pagi pergi kerja asyik lah rasa stress. Dengan boss yang mcm asdffhjkl. Orang2 dekat sana je tahu boss aku tu macam mana. Kira awal2 dah telan pahit dekat sana. 

Berbulan lepas tu, aku malas dah nak ambik kisah. Aku tanamkan dalam diri aku "lantak lah". Lagi orang tak suka, lagi aku tunjuk siapa diri aku. Sebenarnya aku ni tak boleh sikit pun dengar yang tak best pasal aku, nanti aku cepatlah rasa down & fikir bukan2. Tapi kadang2 benda tu takde pun teruk mana cuma aku je yang fikir sangat aku ni teruk dekat mata orang ;((( 

Sampailah aku rasa aku tak suka bila boss/leader aku bagi kerja yang buatkan aku rasa nanti orang tak suka aku. Yeler, aku ni tak sepatutnya buat kerja tu tapi dah aku disuruh apa je aku boleh buat. Tapi orang nampak aku ni macam over kot? Entah lah. Padahal orang tak tahu situasi aku macam mana. Huaaaa. Banyak lah benda yang aku rasa orang nyampah kot dengan aku? Ah bosan betul asyik nak fikir apa orang nak kata. Banyak aku belajar dekat sana. Kerja yang tak sepatutnya aku buat pun, diaorang ajar & suruh aku buat. Benda tu pengalaman, aku tak pernah mengelur. Aku suka belajar sesuatu yang baru & mencabar. Walaupun dapat boss yang macam asdfghjkl tapi aku rasa sebab dia jugak mental aku untuk aku berdepan dengan cabaran satu hari nanti tersedia. 

Dalam rasa down tu, sikit2 datang rasa bahagia kerja dekat sana. Sampaikan tak sabar nak pergi kerja hari2. Seronok dia tu terbawak sampai balik rumah, malam pun terfikir lagi. Tidur pun terfikir lagi. Ha kan bahagia sangat kan. Sebab tu sampai sekarang masih tak boleh terima kenyataan aku berhenti untuk tinggalkan dan lupakan rasa bahagia tu. Allah je tahu apa yang aku rasa, apa yang aku lalui. SubahanaAllah.. Rindunya. 

Ada benda yang aku simpan yang orang tak tahu pun. Hari aku hantar surat berhenti tu, aku sebenarnya dah sangat tak tahan dengan semua perkara. Aku menangis dalam toilet tahan rasa sedih ni sorang2. Aku bangun & terus buat surat berhenti kerja. Dan.. terpaksa bagi alasan yang aku kena berhenti sebab nak jaga mak mertua yang sakit. Tapi hakikatnya, orang tak tahu apa yang aku tahu & rasa. Cukuplah orang tahu yang aku terpaksa berhenti sebabkan hal tu :)

Jaga mak mertua tu ada jugak betulnya sebab, aku berhenti betul2 masa mak mertua aku sakit & perlukan aku untuk jaga. Yeler, suami anak tunggal dan hanya mengharapkan aku saje. So aku
decided untuk berhenti je tanpa fikir panjang. Dalam masa yang sama, aku cari jugak kerja. Dan alhamdulillah aku dah dapat offer yang lagi better dekat oil & gas company. Hehe memang jodoh aku dengan oil & gas je kot. InshaAllah sebulan lagi lapor diri. And of course different position & they pay moreeeee better. Alhamdulillah. Rezeki. Dan satu nota ringkas, nak maju dalam hidup/kerjaya jangan takut untuk ubah nasib. Berani mara kedepan. Walaupun kena lupakan/tinggalkan benda atau perkara yang kita sayang sangat.

Sehari selepas berhenti, aku buat kerja rumah & jaga mak mertua. Ada benda yang terjadi & sekarang, aku sakit & memerlukan untuk aku berehat tak boleh buat apa2 pun. Allah.. dugaan. Tapi nasib baik benda ni terjadi masa aku tengah tak bekerja. Besarnya kuasaMu ya Allah. Tak pernah rasa dugaan ni satu bebanan pun. Sebab aku tahu, apa yang jadi semua ada hikmah. Kita sambung dekat next entry pulak ya.







Older Post | Newer Post



Qylv



Welcome to the life of a not-so-ordinary-wife! This blog is a way for me to share my thoughts, to write down things that I find interesting. Sit back and relax as you read about my journey.


Diary About



Instagram






Twitter







designed by qylv