QYLV
Dugaan




Bila aku menyimpan seribu satu rasa yang rahsia, aku perlukan ini untuk meluahkan. Aku diuji. Seperti biasa, orang kata darah manis atau alam pertunangan memang akan diuji dengan pelbagai dugaan yang berat. Ya, aku tahu itu. Aku pun tahu perlunya aku bersabar. Aku masih waras. Aku masih redha dengan ketentuan-Nya. Siapa aku hendak menolak takdir? Aku juga manusia yang masih tahunya Allah itu adil. Apabila aku dipilih untuk diuji, Allah itu masih sayangkan aku. Aku juga manusia yang ada rasa bertuahnya. Allah.. Aku redha dan tawakal itu jalan terakhirku. Pertunanganku yang telah mencecah hampir 8 bulan ini masih ku rasa bahagianya. Syukur Alhamdulillah. Masih ku rasa perlu aku teruskan. Walaupun pelbagai dugaan yang kami tempuhi sepanjang kami diberi peluang merasa berada didalam alam atau fasa hidup yang penuh mencabar ni. Kami dua dua berdarah muda, 23 tahun. Boleh dikatakan kami dua dua ego tinggi, degil, dll. 

Bila berlakunya perselisihan faham, dua dua tak nak mengalah. Bergaduh masa bercinta lain, bergaduh masa bertunang lain. Aku serik nak rasa lagi. Sampai satu tahap aku give up. Tapi bila engkau dah ada ikatan atau status "tunang" itu, perkara yang engkau kena fikir dulu adalah keluargamu. Aku dah rasa, aku serik. Banyak benda yang digaduhkannya. Paling biasa, duit. Dalam fasa pertunangan ni duit tu punca utama yang engkau akan gaduh. Aku juga dah merasainya. Jalan cerita dia begini, tunangku yang aku kenal selama 10 tahun ini masih belum cukupnya wang untuk menikahiku. Aku tahu benda tu. Aku juga tidak meminta atau meletakkan nilai hantaran yang tinggi. Keluargaku sebaik baiknya keluarga yang masih memikirkan susahnya seorang lelaki hendak mengumpul wang hantaran diusia muda ini. Aku tidak meninta diriku dinilai dengan 10 ribu atau 15 ribu atau lebih. Keluargaku hanya meletakkan syarat untuk silelaki memberikan nilai kurang 10 ribu. Bahkan wang hantaran itu mahu dipulangkan kepada keluarga silelaki untuk diadakan kenduri kesyukuran. Syukur Ya Allah, aku dikurniakan ibu bapa yang sangat faham kami anak anak. Mak Abah, akak sayang Mak Abah dunia akhirat. 

Walaubagaimanapun, dia masih merasakan dirinya kurang sempurna dimataku. Apa ingat aku ini perempuan macam mana? Allah.. aku sedih bila dinilai aku perempuan ada ada. Aku masih perempuan yang dia kenal dulu. Yang bersamanya susah senang. Yang masih mahu meredah panas dan hujan dengan motornya dulu. Yang masih menerima kurangnya dia. Aku, perempuan itu. Masih. Lagi 1 bulan, lagi 1 minggu, aku masih bergaduh pasal ini. Aku hampir tahap redha jika dia masih rasa kurangnya dia pada aku. Menangis, sedih, sudah menjadi rutin hidupku. Dugaan kami diteruskan dengan rasa hilangnya rasa nak kahwin, diuji dengan rasa hilangnya rasa sayang, diuji dengan rasa hadirnya perasaan pada yang lain. Berbulan aku tahan rasa ini. Berbulan aku menidakkan rasa ini. Berbulan aku menipu diriku sendiri. Aku masih kuat. Aku masih boleh lawan. Aku masih aku yang fikirkan hati dan perasaan orang lain. Tak, aku tak boleh selfish. Keluargaku, keutamaanku. Apa kata mereka jika aku mengatakan aku tidak mahu teruskan lagi? Aku kuat ;) Allah jadikan aku perempuan yang kuat! Aku teruskan. 

Masih dugaan datang, dia diuji dengan kemalangan. Berlaku pada 2 minggu sebelum kami melangsungkan perkahwinan. Bahunya retak. Allahuakbar. Sabar itu perlu pada masa tu. Redha dengan ketentuan-Nya. Yang keluar dari mulutku hanya lah "sabar, dugaan kita kecik je". Allah sayangkan kita, Allah nak kita sedar mana salah silapnya kita sebelum ni. Indahnya hidayah-Mu, ya Allah.. Sebulan sebelum majlis, kami didatangkan dugaan dan masalah dari pihak lain. Masalah dengan orang sekeliling kami. Aku dituduh ada hubungan dengan budak yang aku tidak kenal asal usulnya. Aku didatangkan masalah dengan keluargaku sendiri (tidak boleh dinyatakan disini kerana masih aku fikir itu sulit keluargaku). Kemudian aku diuji dengan kemalangan keretaku pula. Seminggu sebelum majlis, keluarga terdekatku meninggal dunia. Sehinggalah "kau nak kahwin ni, macam2 jadi" yang keluar dari mulut Mak. Al-Fatihah, Nur Siti Hajar anak syurga. Banyak lagi dugaan yang kami terima, termasuklah hilang kunci kereta dekat mall dua hari sebelum majlis. Hahahahahahaha. 

Aku sendiri ada rahsia dugaan yang aku sendiri simpan dan pendam. Peritnya Allah je yang tahu. Rasa yang sakit. Sakit yang tidak boleh diluah dengan kata-kata. Allah kuatkan aku.. Sampai sekarang aku masih tidak boleh bangun. Kepada-Mu aku berserah.



Older Post | Newer Post



Qylv



Welcome to the life of a not-so-ordinary-wife! This blog is a way for me to share my thoughts, to write down things that I find interesting. Sit back and relax as you read about my journey.


Diary About



Instagram






Twitter







designed by qylv