QYLV
#qylalif




Assalammualaikum hye.

Entry ni di published setelah sebulan lebih jadi tunangan orang. Dah tak fresh lagi, hehe. Seronok dah jadi darah manih ni. Darah je manis, orangnya tak manis pun. Alhamdulillah everything went well. Tak ada cacat cela sikit pun apa yang dirancang. Sekejap je masa berlalu. Rasa macam semalam je baru bersepakat nak bertunang. Less than one year nak jadi bini orang pulak. Excited of course, tapi jauh disudut hati ni rasa macam alaaaaaaaaaa nak jadi anak dara lagi!! Nanti market jatuh ler jadi bini orang. Kikiki gurau jek. Totally kehidupan aku sekarang dah lain. Susah nak describe macam mana perasaan aku. Bahagia, alhamdulillah. Hal kerja, semua okay! Aku tak sempat nak cerita dekat sini pasal kerja aku sekarang. Nanti kalau ada masa lagi insyaAllah aku akan buat entry pasal tu pula. Yang penting la ni, nak settle kan dulu cerita yang tertunggak ni. Nak simpan kenangan manis ni dekat sini. Esok lusa dah beranak pinak nak baca balik (yekeeee?) haha. 

Majlis yang sudah dirancang 4 bulan sudah pun terlaksana officially pada 1st august 2015. Majlis pertunangan aku dan sidia yang aku kenal sejak 2006 lagi. Kiranya ni tahun ke-9 kami berkenalan. And yes, dia first love aku. Yang sudah mengikuti blog aku ni sejak zaman aku sekolah, pasti tahu perjalanan liku-liku kehidupan kami sampailah keharini. Sekarang sudah pun bertunang dan insyaAllah bakal berkahwin. Doakan kami berpanjangan jodohnya, ya? Majlis ni aku totally semua aku rancang dengan sendiri. From A to Z aku buat sendiri. Ok tanpa meluangkan masa aku nak start cerita perjalanan majlisku ini. Seminggu sebelum majlis, aku memang dok relax je lagi. Nak cakap aku tak fikir, aku fikir juga cuma tak nak bebankan kepala nak terlalu fikir ke majlis masa tu. Mood raya masih ada masa tu, hehe. Sampailah Mak aku berleter dekat aku semua benda tak jalan lagi ni. Kira ni first kenduri/majlis yang kami buat lah. Sesebelum ni cuma pernah buat kenduri kecil-kecil je. Yang ni kira besar juga nak buat. Aku pula tiap hujung minggu nak kerja je. Last-last Omak den pun berleter panjang, aku start buat preparation seminggu sebelum tu. Kami pergi cari doorgift dan aku dah start gubah hantaran. 

Hantaran aku buat sendiri. Aku sorang tau, sorang. Tanpa bantuan sesiapa pun. 3 hari lepas balik kerja je aku dah hadap hantaran. Walaupun aku balik malam huaaa penat letih semua ada. Dua hari sebelum majlis, baju aku masih tak siap. Kau rasa? Haha tak ke gelabah aku masa tu. Ni lah padahnya semua benda nak settle last minute. Masa tulah baru nak cari manik baju, nak cari veil, nak tambah hantaran lagi. Pening mak ni nak oii. Endup aku terpaksa cuti dua hari sebelum majlis tu. Kehulur kehilir sehari sebelum majlis tu. Dari pagi tak lekat dekat rumah. Padahal esok majlisnya ni, masih mencari barang. Apa boleh buat, aku ni tak ada siapa nak tolongnya. Tak ada kakak, tak ada adik perempuan yang boleh tolong. Abang dengan adik lelaki ada lah, hmmm lelaki kan faham jelah mana lah boleh diharap. Nasiblah ada Mak yang sangat membantu. Malam sebelum majlis, aku dah migrain dah. Hahahahahahaha ya, serious. Aku rasa macam nak nangis. Rasa macam tak nak tunang masa tu. Semua jadi huru-hara, haha. Hantaran 15 dulang, yang siap hanyalah 9 dulang. Malam tu baru nak buat yang selebihnya. Mak aku lah ni dok nak tambah hantaran last minute. Masa tulah nak handle orang pasang pelamin, sempat pulak tu lari pi beli jam untuk hantaran. Haha ya ampun. Kelam kabut sangat. Rumah pulak dah start riuh rendah saudara mara dah sampai nak tidur rumah. Ni tak kahwin lagi ni dah rasa sampai nak pitam malam tu. Pukul 3 pagi pun aku masih tak tidur lagi. Penat-penat pun, aku masih rasa seronok dengan suasana dekat rumah. Yelah majlis kita kan hehe. Fefeling nak kahwin dah masa tu (berangan betul erk) 

Sampai lah keesokkan paginya. Hari yang dinanti. Bangun pagi ler apa lagi. Kemas rumah sikit, lepas tu kena paksa breakfast dengan semuorang. Masa tu dah tak ada selera dah sebab hati dah meronta seronokkan nak sarung cincin, hehe. Pagi tu dah riuh sangat. Saudara mara dah start memasak untuk pagi dan dah start pasang karaoke. Aku pula dah get ready nak bersiap sambil tunggu kawan-kawanku yang jauh datang. Pukul 11 pagi dah start makeup dan shoot. My MUA aku pilih yang paling awal masa aku buat preparation dulu. Sebab nak sangat dia makeup. Aku suka tengok semua client yang dia makeup. Kak azni banyak makeup untuk model-model igshop yang cecatik tu. (kononya bolehlah cantik macam depa kot kan haha perasantan betul) Sesi makeup berjalan dekat dua jam juga lah. Lepas tu dah start dah kawan-kawan mai. Seronok tengok semua ada. Tapi tak dan nak sembang lama sangat.Mampu hai hai depan pintu bilik je. Masa tu tengah bersiap last touchup lah kononnya. Family dan jemputan lain tengah baca tahlil dan buat doa selamat dekat depan. Tunggu rombongan lelaki sampai lepas zohor. Bila tunang call cakap depa dah gerak, jantung aku berdegup kencang masa tu tak dapat ku gambarkan. Almaklumlah rumah kami bukan lah jauh mana, bila-bila je diaorang boleh sampai. Ok dah jom kita layan gambar-gambar sepanjang majlis hari tu. Gambar ni semua aku terpaksa edit sendiri dengan cepat. Kot korang nampak yang ada gelap dan terputih lebih tu maaf lah, aku tersangat nak cepat. Haha. 

Khemah ni aku tak ambik tahu langsung. Sebab tu warna dia tak masuk langsung dengan theme aku masa tu. Ni semua kerja Abah aku. Hahahaha pun boleh bah.

Kak Azni yang tersangat focus. Kak Azni sporting sangat. Lepas je dia makeup, dia punya suka sampai terlompat lompat depan aku. Katanya first time makeup nampak light sikit. Tu pun sebab aku yang request. Aku tak nak makeup yang nampak nude sangat. 

 
  Ni baju last minute ku, hehe. FYI, beads ni aku yang jahit sendiri sehari sebelum majlis. Hahahah sebab tu simple nokharom. Nasib ada yang puji cantik. Ok lah dari tak ada ;p

 
Masa ni aku dah rasa dah busy jadi seorang perantin. Aiceh.


  

 

Masa ni I rasa macam princess sangat. Semua tengah focus dan nampak busy nak menolong siapkan perantin. Aiceh! Terima kasih korangggggggggg. Nanti aku kahwin, tolong bagi layanan macam ni lagi please? Hehe.

Amboi focus tengok Iolls ke tu? Hat ni aku saje je letak kerusi dekat situ supaya kawan-kawan yang datang masa aku makeup boleh duduk situ. Masa tu bilik aku meriah betul. Seronok jumpa kawan-kawan yang jauh. Semua datang dari negeri yang berlainan. Sorang Terengganu, Seremban, Penang, Johor. Datang semata-mata untuk I. Terharu.





 Rombongan dah sampaiiii. Apa lah agaknya yang dibincangkan dekat luar tu ya? Hehe. Aku buat cool je tapi dalam Tuhan je yang tahu.

Masa kena panggil keluar ni, aku jalan laju gila sampai akak sedara yang pimpin aku keluar masa tu cakap "eh janganlah laju sangat, tak sempat aku nak kejar" Hahahahaha excited sangat kot?  

 Ada ciri-ciri nak jadi pengantin tak? Hehehe. Masa ni tengah malu ya ampunnnn. Tersimpul malu aku baca doa.


 Walaupun bajuku baju last minute, tetap aku sukaaaaa!

Saya akan jadi menantu tunggal nanti hihihi
Ni lah cincin tunang kita. Hehe. 


 Nak sangat anak dia kahwin. Ha kan nak kahwin betul-betul dah ni. Suka lah Mak..


 
Candybooth ni Mak belanja. Terima kasih Mak! Muah x

 
Ni pula contoh hantaran. Hehe satu je sempat nak tunjuk.

Dan ini pula... bakal somi I. Hehe.

 Ok lah ni. Janji ada jugak entry pasal majlis tunang aku hari tu. Ni pun ambik masa 2 hari baru boleh publish hahahaha. Jumpa lagi di lain entry, insyaAllah.




Older Post | Newer Post



Qylv



Welcome to the life of a not-so-ordinary-wife! This blog is a way for me to share my thoughts, to write down things that I find interesting. Sit back and relax as you read about my journey.


Diary About



Instagram






Twitter







designed by qylv