QYLV
Girl time!


Boringnya hari kerja. Bila nak cuti ni? Haha. Padahal baru hari Selasa. Kan best duduk membongkang dekat rumah tapi duit masuk. I wish... Memandangkan aku tengah boring, apa kata aku post benda yang aku boleh cerita dekat sini. Aiceh. Lately ni blog saje dalam kepala otak aku. Soooo here we go! Memandangkan juga aku ni jarang update pasal full life aku dekat sini, sudah masanya aku share. Lepas ni tak dan dah nak share life bujang aku. Aktiviti aku hari-hari adalah seperti anda semua. Sama je kot kita ni? Bangun pagi, kerja, makan, kerja, balik kerja, tidur. Boringgggg. 

Kadang-kadang tu ada lah go lepak chill-chill dengan kawan dekat sini. Tapi jarang benor nak ada masa. So petang semalam lepas balik kerja, we go lepak dekat kontainer cafe. Siapa yang duduk Ampang maybe dia tahu dekat mana. Biasanya kalau malam, aktiviti aku dekat rumah, basuh baju, sidai baju, masak, tidur. Kalau ada masa je aku akan keluar makan dgn Ila (future sil) Dekat sini mmg Ila je akan berkepit dgn aku. Kadang-kadang tu kalau bosan sgt, suka ronde KL tapi duduk dalam kereta je. Tengok suasana dan gelagat org KL malam-malam. Walaupun dah selalu tgk tapi tak pernah rasa bosan sebab benda tu buat kita rasa "eh ada juga org mcm ni ya" Haha. 

Had some much needed girl time dengan kawan-kawan dekat sini. So nak dijadikan cerita, semalam hari jumpa/lepak dengan kawan-kawan. Not really lepak one but okay lah kan ada masa jumpa. Diaorg ni selalu datang rumah nak mandi pool. Dalam seminggu tu mesti ada sehari diaorg datang. Hehe I'm gonna miss this. Makin nak dekat akhir tahun ni makin rasa "sedihnya nak tinggalkan semua ni" you know what I mean... Mungkin tak akan dapat dah rasa mcm ni lepas ni. Sebab aku sendiri pernah lalui suka duka dengan my QOJS dulu. Benda tu mmg tak akan dapat kita ulang balik. So hargailah masa kita bila kita berpeluang mcm ni. 

We borak and having girl time sooo much. Ada sorang kawan aku ni baru je seminggu ke dua minggu kahwin. Banyaklah dia share everything mcm mana nak layan suami. Yang kami bujang-bujang belake ni mmg suka lah belajar dan ambil tips dari dia, hehehe. Sebab tu best kalau ada geng perempuan-perempuan je mcm ni. Lepas 2 jam mandi, kami naik rumah. Aih, kalau boleh nak lama lagi mandi. Disebabkan dekat rumah tu limit sampai pukul 10 pm je boleh mandi, kami kadang-kadang tu ada lah buat ketegakkk (degil) je mandi sampai habis masa pun. Tapi nanti mesti kena halau juga. Nakaiii. Lepas siap mandi, kami lepak dalam bilik, makan kepok, tengok running man. 

Tetibe je rasa rindu dkt my QOJS. I miss my girl-friends. I miss my best friend. I've lost touch with my best friend - a combination of us getting married, semua pula tu kahwin dalam tahun yang sama. Hehe so sadddd yet so happy! And yah I'm soooo ready to be geng mak-mak. Cepatnya masa berlalu. Dah beso dah semua. Majlis Shi bulan Jan, aku pula April/May, Juju Aug. InsyaAllah.. Jadinya kami semua akan kahwin dalam tahun yang sama, kecuali Ausi. Masing-masing busy dgn life sendiri. Kalau ada masa je share pasal preparation masing-masing dekat group. 

Bila kita ada kawan, kita hargai masa dengan kawan tu. Sebab masa tu takkan berulang dan kita pasti akan merinduinya. Aku pernah rasa kehilangan kawan dulu sebab aku tak ada masa untuk diaorg (masa tu busy dgn bf) dan aku sangat menyesal. Benda tu aku jadikan iktibar untuk diri sendiri. Dan sekarang aku lebihkan kawan dari pasangan sendiri. 




tutup apa yang patut :p




Older Post | Newer Post



Qylv



Welcome to the life of a not-so-ordinary-wife! This blog is a way for me to share my thoughts, to write down things that I find interesting. Sit back and relax as you read about my journey.


Diary About



Instagram






Twitter







designed by qylv