QYLV



Assalammualaikum. 
Finally.. berkesempatan lagi nak update blog ni. Mood blog kali ni design ala-ala black and white pulak. Kalau sebelum ni warna nak soft je gitu, kita lari pula dari soft kali ni. Saje je bosan-bosan dekat office ni tak ada buat apa, kita edit blog and update blog dengan cerita terbaru. Aiceh. Firstly aku nak cakap yang aku rinduuuuu gila nak jadi macam dulu. Yang selalu je ada masa. Tapi sedih betul lately ni selalu busy kalah boss. Jangan cakap blog, twitter, instagram, facebook apa jadah pun jarang no nak buka or update. Zaman obses dengan social networks dah tamat mungkin. Haha. Walau pun zaman la ni banyak sgt dah social networks or apps yang ada, hati ni tetap nak active dekat blog. Alhamdulillah tak pernah lagi niat nak deactived blog ni walaupun kadang-kadang tu rasa malu lah nak cerita dekat sini pahtu bagi orang baca kan. Tapi hati tetap cekal. Hehe. Seronok tengok blogger lain active berblogging lagi. And semua pula yang jenis cerita personal life masing-masing. Kalau org lain boleh, kenapa aku tak boleh? Tak lah bukan apa, kadang-kadang org skrg ni suka judge org lain tu lebih sgt mcm dia kenal betul dgn kita. Rasa mcm eeeee geram je aku ni tau! Hahaha. Biar pi lantak depa lah nak buat apa pun tak tahu pasaipa ada je org nak sibuk. Kalau retis tu tak apa juga lah hang nak sibuk. 

Niat kita nak share tentang kehidupan kita dekat sini... First, mestilah sebab kita nak simpan benda ni jadi kenangan. Sebab dekat mana je lagi kita nak simpan? Diari pun I tak ada you. Tak sempat pun nak karang ayat dekat buku malam-malam sebelum tidur. Tak dan aih! Dekat sini je dan pun tu pun jarang no nak update. Second is, tak sesuai dah nak share everything dekat facebook or twitter tentang segalanya. Bila umur dah nak kertu ni mmg feeling nak tweet 24/7 mmg rasa alaaaa malu lah nak org baca apa yg kita mengarutkan. Haha sampai mcm tu tau. InsyaAllah nak terus berblogging sampai dah beranak pinak nanti, can ah? As usual, aku ni selalu post entry lepas tu simpan dalam draft hat lama-lama tu hehe. Kalau rindu, aku suka baca kisah hidup aku yang dulu. How times flies. Rasa mcm budak kecik lagi diri ni (tak sedo dah nak jd bini org) 

Bini orang? Hehehe. Aih lah excitednyaaaaaa nak main kahwin-kahwin. Kikiki. Tiktiktiktok nak tunggu beberapa bulan je lagi nak tunang. Lepastu tak sampai setahun dah nak kahwin. Oh ya actually tulah planning nya. Aku ikat tunang tak sampai setahun pun. Rancangannya memang ada lagi 11 bulan nak ke majlis kahwin tu. Fyi, aku buat preparation tunang ni sekali dengan kahwin. Selalu org buat tunang dulu baru fikir kahwin kan. Tapi disebabkan rancangannya aku kena kahwin kurang setahun dari sekarang, aku kena dah gerak buat apa yang patut. Dekat sini boleh lah aku share sikit demi sikit apa yang b2b selalu kena buat before majlis tu. Buat masa ni aku cerita dulu preparation tunang. Tarikh memang dah ditetapkan betul-betul lepas raya. Which is, 1st of August. InsyaAllah.. kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Jadinya, aku berserah sepenuhnya dekat Dia yang maha mengetahui ajal maut, jodoh, mahupun rezeki.

 photo cats_zps2g3cxwop.jpg









Aku ni tersangatlah detail org nya. Semua yang aku decide, aku bayar, ke apa semua aku kena record atau pun kena pilih yang betul-betul terbaik. Aku ni sangat-sangat lah cerewet org nya. Sekali sekala kutuk diri sendiri apa salahnya :p Kadang-kadang tu bakal tunang pun pening layan kerenah aku ni. Apa lagi org lain. Alhamdulillah, dapat lelaki yg sangat memahami dan baik org nya. Selalu je ikutkan apa yg aku nak. Terima kasih sayang (hehehehe bye) Step by step aku rancang, semuanya menjadi. Aku, mahupun bakal tunang tak pernah lagi rasa susahnya nak cari duit nak tunang/kahwin ni. Rasa mcm semuanya smooth je. Dalam erti kata lain ialah sentiasa dipermudahkan. Rasa mcm setiap bulan tu kalau kena keluar duit banyak nak bayar apa-apa tak pernah lagi sampai rasa kena puasa sebulan atau makan maggi ke apa. Haha. Tapi jangan pula samakan aku dengan korang. Mungkin lain org lain pengalaman yang Allah bagi. Dan selalu kena ingat, setiap dugaan yang Allah bagi tu mesti ada hikmah disebaliknya. Dulu pun aku pernah terima banyak dugaan hidup, dan aku dapat belajar dari itu. Perancangan-Nya lebih mulia.

Persiapan tunang ni aku buat mcm rumit sikit. Rumit? Kenapa rumit? Baru tunang kot? Hehe ya, rumit. Rumit sebab aku tak pernah ada pengalaman nak handle semua ni. Tak survey betul-betul apa yang terbaik. Lepas tu terus pilih je sekati aku. Lepas tu baru lah jumpa yang lagi best. Lepas tu baru nak menyesal. Ha kau banyak lepas tu lepas tu aku. And ya, aku buat satu-satu. Agak leceh sebenarnya kita buat persiapan mcm ni. Kena cari satu-satu. Bukan tu je, cost pun agak mahal sikit. Kalau lah aku ambik je full package tunang kan senang (100000x dah rasa menyesal mcm ni haha) Jadinya skrg... aku kenalah teruskan juga. Sebab dah banyak aku bayar atau keluarkan duit beli itu ini kan. Hmmm. Harapannya aku tak ulang lah benda ni untuk majlis kahwin nnt. Sebab tu majlis kahwin tu aku buat lepas tangan je. Aku serah dekat wedding planner je hat selesaikan apa yang patut. Aku cumalah arah dia. Hehehehe. 

Yang paling utama sebelum ada persiapan ni adalah...
KEWANGAN 
Kalau tak ada duit, tak jd lah semua ini ya awak. Tak ada saving tak apa, janji setiap bulan kena lah labur ke benda ni semua sebelum majlis. Kalau duit bulanan masuk sikit, kenalah rancang awalllll lagi supaya tak terasa beban di kemudian hari. Ini berdasarkan pengalaman aku lah. Ya aku mengaku mmg kami tak ada pun saving nak kahwin. Sebab nak kahwin pun tak dirancang oleh kami berdua. Ini semua kahwin atas dasar keluarga. Nak tak nak, kami terima sajelah untuk kahwin dalam masa terdekat ni. Tak pernah pun rasa menyesal. Rasa happy adalah. Rasa seronoknyaaa nak kahwin. Alhamdulillah dipermudahkan. Seronok tau rasa mcm ni. Rasa mcm sama-sama berusaha nak kahwin. Mcm jd satu tanggungjawab kami lah ni. Kalau tak dah melayang duit aku pi shopping ke, beli iphone 10 bijik ke, beli kereta baru ke apa. Tak apa, satu satu ya Aqilah...

Dan korang kena ingat, rancang kewangan adalah wajib dan harus. Untuk tidak rasa alaaa mana duit aku hilang ni. Haha semua org pun pernah rasa mcm tu kan? Aku pun! Hahaha. Jadinya perlulah kita merancang dulu apa yang kita nak beli/bayar. Perlu ada catatan atau record. Korang buat jelah dekat buku nota apa-apa. Catit je dekat situ yang korang beli apa. Bayar booking untuk apa. Tak ada lah nanti korang lupa atau org lain ambik kesempatan dekat korang ke apa kan. Kalau aku, aku akan minta invoice setiap kali berlaku pembayaran. Dan aku akan print and simpan dalam file peribadi aku. Segala resit kedai/bank pun aku akan simpan. Lepastu record segalanya. 







Kadang-kadang aku rasa aku ni terbawa bawa akauntansi aku ni dari tempat kerja sampai personal life. Haha. Sampaikan account laki aku pun aku buatkan. Senang aku tahu duit keluo masuk dia. Hahaha. Yang ni jangan tiru ya. Tak baik. Kalau nak yang terbaik untuk majlis kita, perlu lah kita bagi 100% yang terbaik dari kita sendiri. Aku juga bukan jenis yg asal ada/asal boleh untuk majlis tunang dan kahwin ni. Aku tak suka. Aku sangat cerewet dan nak yang terbaik. Kena keluar duit lebih sikit pun tak apa, janji aku puas. Dan jangan lah pula nak yang terbaik atau mahal tu kau pergi paksa laki kau bayor kalau dia tak cukup duit ke apa. Haha. Apa salahnya usaha sendiri. Aku pun banyak keluo duit berbanding laki aku. Sama-sama usahakan. Bukan untuk org lain pun kan..

Cukuplah aku membebel untuk hari ni. Aku share dulu mcm mana aku handle finance sebelum majlis. Lepas ni aku share hat lain pula nah.

Merancang itu kan lebih baik, tak gituuu? Good luck b2b macam saya!




Older Post | Newer Post



Qylv



Welcome to the life of a not-so-ordinary-wife! This blog is a way for me to share my thoughts, to write down things that I find interesting. Sit back and relax as you read about my journey.


Diary About



Instagram






Twitter







designed by qylv