QYLV
Soon






Bismillah..Ya Allah, takutnya nak buat entry ni. Hihi. 
Once again, thank you for reading my blog walaupun jarang2 update.
 Jodoh bukan kita tahu kan, semua dah ditentukan oleh Allah SWT. Kita manusia hanya mampu merancang je Tuhan yang menentukan segalanya. Bercintalah lama mana pun, kalau dah Dia kata itu bukan jodoh kau dgn pasangan kau tu, maka tidaklah ia terjadi. Walaupun masa bercinta kau dgn org lain, tup2 kau kahwin dgn org lain. Kita nak salahkan siapa? Semua ni dah tertulis utk kita. Terimalah dgn hati yang redha. 

Alhamdulillah, finally aku dah tahu siapa yang Allah tentukan untuk aku. Kononnya jodoh aku dah sampai lah ni. Syukur sangat. Dia bukan org baru and dia bukan org yang sebelum ni aku selalu cerita. Pelik kan? Ya, dia yang dulunya "my highschool soulmate". Fyi, dia dgn aku dah lama kenal. Dari umur 13tahun lagi (form 1) masa tu sekolah sama. And kalau korang nak tahu, dia lah org pertama aku jatuh cinta (tapi masa tu cinta monyet) haha. Yes, thats him. Kitaorg start berkawan lepas tu lama2 bercinta. Masa tu budak2 hingusan lagi. Baru nak kenal dunia, baru nak rasa sayang, baru nak rasa rindu. Tapi malang sungguh, masa tu aku dgn dia tak bertahan pun.

 Sampailah kitaorg masuk form 2, kitaorg rapat balik. Nak diikutkan, yang couple masa form 1 tu, tak serious mana pun. Tapi yang form 2 ni, serious sampailah kitaorg habis sekolah, dekat 5 tahun masa tu couple. Dekat sekolah tu, cakap je kecik dgn alep siapa tak kenal. Ceh haha joke. Kecik tu nama panggilan aku dkt sekolah dulu. Kitaorg ni dah mcm belangkas masa sekolah dulu. Lagi2 form 4 & 5 kitaorg kelas sama. Pergi balik sekolah dgn dia, rehat, group, semua dgn dia. Sampaikan mak abah kena panggil dtg sekolah sbb masalah kitaorg bercinta dkt sekolah. Lol kolot je cikgu2 ni. Tapi no worried, parents aku cool gila. Siap ckp "eleh mcm lah cikgu tu tak pernah bercinta dulu, mak abah pun boleh faham" haha. 

Kenangan sekolah mmg best. Lagi2 masa mula2 kenal dia. Hati masa tu berbunga-bunga lagi. Walaupun kitaorg bercinta masa sekolah, tapi serious dia mcm betul2 nak kahwin. Parents aku and parents dia kenal, saudara mara kenal, how lucky I am. Kalau  nak dating je, mak abah mesti tahu. Lagi satu perangai mak aku ni, dia tak bg aku keluar kalau bukan dgn dia. Kitaorg rajin dating dkt shopping mall lah dulu hehe. Sampai aku ada album tiket2 wayang aku simpan dari 2008. Masa aku dapat belajar dkt KL dulu, kitaorg dah dapat rasa yang kitaorg akan berjauhan. Rupanya betul. Aku dengan dia terpisah. Yang paling tragiknya kitaorg ni, selalu sgt couple break couple break. Dalam masa yang sama, aku masih mencari2 siapa yang betul2 jodoh aku. Ciri2 aku nak, yang sentiasa sayang aku, bertanggungjawab, hormat org tua, setia, yang paling penting yang beriman. 

Dalam masa aku belajar dulu, macam2 lelaki aku kenal. Lepas sorang, sorang yang datang dan pergi. Dalam tempoh aku kenal yang lain, aku masih sayang dia. Siapa tak sayang, ex yang kau hidup bertahun tahun dgn dia. Tuhan je yang tahu. Aku bagi peluang dkt org lain utk aku sayang, utk aku hidup bahagia dgn diaorg tapi takde sorang pun yang kekal. Dia ni kesayangan family aku. Dari mak aku, abg aku, ke adik2 aku, semua pilih dia. Mak selalu cakap "mak suka dkt dia kak, dia baik, dia boleh jaga akak". Adik2 aku pulak selalu bertekak dgn aku "kalau akak kahwin dgn org lain, kitaorg tak suka. Kitaorg nak dia jgk" aku yang jadi mangsa wuwuwu. Yes, dia mmg baik, dia jaga aku, dia sabar dgn aku bertahun tahun, dia masih sayang aku sampai skrg walaupun aku banyak kali tinggalkan dia dan pergi dkt org lain. Yang paling penting, dia lah org yang buat aku berubah jadi lebih baik. Actually kitaorg pernah break paling lama almost 1year. Masa tu, aku masih dgn life yang bebas, aku masih free hair, sexy, enjoy 24/7. Lepas dia tinggalkan aku sbb aku mcm tu, aku terus terbukak hati nak berubah. And aku berjanji aku akan berubah utk itu. Finally, rancangan Allah sungguh besar. Aku kembali ke jalan-Nya. 

Dalam tempoh setahun tu, aku tempuh macam2. Aku jumpa org lain, aku dgn org lain. Sampailah aku habis belajar. Aku mmg dah agak dah, kalau aku dkt sini, aku mesti akan balik dkt dia balik. Rupanya mmg betul. Aku dengan dia get back, dalam diam, kitaorg tak bgtahu semuaorang pun. Cuma family aku je yang tahu sbb dia selalu dtg sini. Mak abah tak payah ckp lah, suka sgt sampai dah cakap pasal kahwin dgn aku. Aha actually mak dah selalu bunyi pasal kahwin dgn aku. "Akak lepas habis belajar kahwin terus lah ya" sampaikan mak dah tentukan yang 2015 aku kena tunang. Aku ni menyumpah kalau kena kahwin awal. Mmg target aku selagi tak umur 25 jangan harap aku nak pegang title "bini orang" tu. Tulah,  org kata jangan benci sgt lama2 jadi suka. Skrg ni, aku sendiri dah tertelan balik kata2 aku dulu. Ya Alah..tak terkata. Lepas aku dgn dia berbaik, kitaorg terus dah bincang pasal nak kahwin terus. Bukan gelojoh, tapi sbb dah lama sgt kitaorg kenal, sbb dah tak sanggup nak hadap dugaan bercinta macam dulu. 

Yes, finally we did it. Ikut rancangan kitaorg nak bertunang tahun ni, insyaAllah. Sebenarnya aku nak focus dulu dgn bisnes aku, baru boleh focus dekat tunang and kahwin. Tapi dah kena push tunang awal sikit. Kalau boleh nak tunang masa birthday aku wewewe hehe. Kira tu birthday present paling takkan aku lupa seumur hidup lah hehe. At last, majlis tunang buat masa raya tahun ni. Kononnya buat open house lah masa tu, takde lah org tahu sgt yg aku buat majlis tunang hehe. Malas lah nak cerita ke org sbb ni baru tunang. Org kata buat simple2 je (simple ke? hmm tgk jelah nanti huhu) Skrg ni aku dah bg hint sikit2 dkt public yg aku nak tunang and kahwin. Tak nak lah nnt org tertanya tanya knp aku tetibe je nak tunang or dgn siapa semua kan. Takpe, sikit2 aku tunjuk nnt. Ni pun dah ramai tanya. Yang tahu aku dgn dia, happy terlebih happy mcm dia plk nak kahwin haha. Yela semuaorang mcm tak expect kitaorg yang bercinta dari sekolah lepas tu terpisah tahu2 nak kahwin plk. Mcm2 respond aku dapat dalam sehari tu. "Eh kuatnya jodoh korang" "Couple paling lama dkt sekolah dulu akhirnya kahwin jgk" and blablabla. Haih tak sabar nak jumpa korang semua dkt majlis aku nnt hehe. Skrg ni, masa untuk aku survey pakej2 yang sesuai. I'm toooooo excited!!!!! Siapa je tak excited nak kahwin kan.

Masa first time bagitahu mak yg aku nak tunang raya ni, dia punya senyum tu tak hilang sampai ke malam. Haih. Dah ni pulak dok cerita ke org anak dia nak kahwin. Sabar jelah huhu. For the first step, masih mencari apa yang terbaik utk majlis ku nnt. Setahun je lagi nak jadi bini org dah. Mcm mana lah ghupanya nnt. Mula2 mcm tak yakin jgk ni nak kahwin muda, nak pegang tanggungjawab, nak ada keluarga nanti. Tapi percayalah, benda yang baik mcm ni Allah sentiasa permudahkan. Dah dijanjikan yang bila kita kahwin, Allah bagi kita rezeki. Amin.. Doalah yang baik2. InsyaAllah. Next entry nak cerita mcm mana sidia boleh ngajak ke tahap mcm ni & how beautiful a majlis would be. Aih cant wait!!



Older Post | Newer Post



Qylv



Welcome to the life of a not-so-ordinary-wife! This blog is a way for me to share my thoughts, to write down things that I find interesting. Sit back and relax as you read about my journey.


Diary About



Instagram






Twitter







designed by qylv