QYLV
#herettourgoestobangkok2015








Well hello, I'm back again! I miss Bangkok-Phuket-Krabi already. Banyak sangat benda best yang jadi masa dekat sana. Satu group ada 9 orang termasuk aku. 6 lelaki & 3 perempuan. Actually ada yang kenal and ada yang baru je kenal masa pergi ni. Nasib semua ok. Semua yang jenis kepala best-best tu. Planning pergi ni pun sebulan sebelum ok, kemain susah nak korek duit masa tu. Dengan tix flight beli last minute nya. Kalau tak mesti dapat lagi murah. Tak pe pun aih, benda dah lepas hehe. So korang yang nak bercuti tu make sure plan kasi awal sikit biar tak rasa over bajet nnt. Yang ajak ni pun si Ausi, dia ajak last minute sbb dia pun baru tahu last minute. Lepas je dia tanya "qyla nak ikut tak perg Bangkok bulan satu ni" aku pun terus je on padahal duit pun takde lah banyak mana aih sabau jolah. Lepas je confirmkan dekat diaorg aku ikut, sepantas kilat beli tix flight takut habis. So dah confirm tix balik dari krabi to kul. Yang ni pun gila, beli tix flight balik dulu kehkehkeh. Mula-mula mcm tak confirm jgk nak pergi sbb fikir banyak lagi benda aku kena settle kan. Tapi bila fikir masak-masak dua tiga minggu juga, aku pun rasa baik pergi jelah sbb ni salah satu life goals aku. Nak travel guna duit sendiri, nak travel dgn bestfriend and nak travel bfr kahwin. Soooo here we go! 

10 Jan 2015
Kami gerak 10 Jan 2015. Awal-awal dah mintak cuti seminggu, habis kena perli saje cuti lama sgt. Padahal banyak kerja jgk aku kena settle kan sebelum examination rec doc comtroller dkt office. Hari sabtu pagi lagi dah bangun, flight pukul 1 ptg masa tu. Flight pergi yang last minute beli muehehehe. Planning nak pergi bangkok dgn train je sbb nak cari experience naik train sampai 2 hari. Tak kesampaian pulak, so naik jelah flight, cepat sikit sampai kan hehe. Perjumpaan group heret tour dekat kl sentral. Dari kl sentral terus ke klia2. Awal-awal lagi kami dah dpt dugaan aiyakkk. Disebabkan janji melayu kuat sgt, kami terlambat nak ke klia2 bfr pkl 12. Ikut plan asal kami akan naik bas tapi disebabkan dekat kl sentral pun dah sampai pukul 12, kena lah naik klia express. Dekat sini je dah habis Rm35 berbanding naik bas Rm10 je. Ugh. Sampai berlari-lari kami sebab nak terlepas naik klia express tu. Express sgt tau 35 minit je. Sampai je klia2, tak fikir panjang dah, terus lari pergi check in. Hampir tak sempat tapi alhamdulillah sempat jugak. Tapi mmg ni serious, kami semua berlari. Lawak ok.

Pukul 3 petang kami selamat sampai di Bangkok. Bangkok sgt unik. Dia bandar di Thailand tapi bandar dia tak mcm KL kita pun. Jauh beza ok. Banyak benda rare dkt Bangkok ni. Aku falling in love gila ok! Tunggu dekat airport sejam, sempat main uno. Yg ni first game uno kitaorg. Fun gila! Uno ni game dari awal kitaorg dkt Bangkok sampai ke balik hehe. Sampai je Abe die and Kak siti, kami naik teksi ke hotel. Abe die and Kak siti ni cousin kepada Mek lin. So dekat sini dah senang sikit sbb ada org guide kami dekat Bangkok tu. Hotel kami betul-betul tengah bandar Bangkok, depan shopping mall, kedai ke bank ke, semua ada. Kesalahan kami, kami tidur bilik VIP. Kalau ikutkan boleh je tidur bilik lagi murah & share ramai-ramai untuk cut cost tapi tak tahu kenapa tak terfikir dari awal. Yang penting hotel ni ramai org Malaysia duduk. Dato' terlajak laris tu pun duduk situ. Sempat lah jumpa sekali hari tu lol. Sampai je hotel terus check in and makan besar. Aih baru first day sampai dah makan besar kat hotel. Antara kesalahan kami lagi. Disebabkan kami dah kepenatan dari pagi tadi berlari, kami naik rehat kejap. 

Malam pula, kami start our journey di Bangkok. Disebabkan dkt Bangkok takde transport nak pi memane, kami naik bas je. Bas diaorg rare gila ok tapi 80sen je duit kita. Sampai di Rod Fai Market, dkt sini aku bagi 5 start ok! Serious rare gila Bangkok ni. Semua kedai and barang dia semua vintage gila. Siapa yang pergi Bangkok harus pergi sini. Siapa yang dtg Bangkok tu kena bwk duit untuk shopping sebab dkt sana semua barang murah berganda ganda dari dekat sini. Barang plk semua up-to-date punya. Market dia besar gila, nightlife dekat Bangkok mmg happening habis. Tempat lepak dia kalau KL ada mcm ni, confirm aku lepak situ saje. Kitaorg jalan dkt situ sampai tutup hehe. Lepas tu kami cari makan pulak, Abe die dgn Kak siti bawa kami pi makan dekat mee celup thai and nasi air. Nasi air tu mcm bubur nasi lah bagi kita cuma dia guna kuah tomyam. Sedap gilaaaa! Harga dia pun sama je mcm dkt sini, dalam 5 hingga 6 ringgit. Kitaorg naik teksi balik hotel mak aii penuh mcm sardin haha. Kelakar sgt! 

Flight KUL to BKK - RM160
LRT to Bandaraya - RM2.40
Tren Bank Negara to KL Sentral - RM1
Breakfast - RM5
KLIA Express - RM35
Teksi airport to hotel - RM10 seorang
Lunch - RM16 seorang
Hotel 3 malam - RM80 seorang (bilik share 3 orang)
Bas to Rod Fai - RM0.80
Teksi balik ke hotel - RM5 seorang
Dinner - RM6

Total = RM321.20
*tak termasuk shopping & beli benda mengarut

11 Jan 2015
Disebabkan kami tak ada transport nak jalan-jalan dua hari dkt sana, kami bayar ruktur (mcm van biasa tu) sorang kena dalam Rm80++ untuk dua hari pergi mana saje pun. Untuk dua hari jalan-jalan Bangkok dalam Rm800++. Rate ruktur sebenar kami tak tahu sebab yang ni contact Abe die so dapat murah sikit. Semua dah termasuk minyak & toll so kami tinggal naik saje. Hari kedua ni kami pergi macam-macam tempat. First kami breakfast dulu dkt kawasan muslim dia. Dah mcm dkt indon pulak tempat tu tapi ok lah. Cara diaorg makan, portion nasi mmg sikit je. Yang kita dah terbiasa makan portion yang banyak mesti rasa awkward gila. Lepas tu diaorg akan sediakan air masak free untuk kita. Dekat mana pun semua sama. Best kan? Kalaulah Malaysia mcm tu mesti rakyat semua sihat mihmihmih. Then kami ke temple paling famous dekat sana. Disebabkan banyak sgt temple diaorg, kami pergi yang the best je utk lawati, Wat Arun Temple. Nak kesana kena naik feri kejap, naik feri dalam 30 sen sorang saje hehe murah gila kan? Naik feri kejap je, dia punya river mmg seram shit. Org kata kalau jatuh dkt situ mmg tak dpt diselamatkan. Safety diaorg mmg low gila, tak ada safety jacket langsung, feri pun seram shit habis. Kami habiskan masa sejam jugak dkt situ. Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Chatucak Weekend Market. Dekat sini beli lah apa yang patut kalau nak tapi tak digalakkan ya sbb harga dia tak best (tak murah mana lah) hehe. Kitaorg pun takde beli apa pun dekat sini saje cuci mata je. Jumpa makanan best-best dkt sana, rasa semua makanan siam ni semua sedappppp haih. 

Kami teruskan perjalanan sampai ke malam. Penat juga lah walaupun tempat kami pergi takde lah banyak mana. Asal masuk van je, kami lelap sampai dkt tempat destinasi haha kelakar betul. Kemudian kami ke Siam Center Shopping Mall dia mcm Pavi lah bagi kita. Fun juga tempat dia. Toilet dia bapak punya lawa haha (toilet pun nak cerita) Jalan situ sampai malam juga, sempat rasa kfc diaorg. Tak banyak pun beza. Lepas tu kami terus ke Asiatique The Riverfront. One of my fav place! Tak expect langsung Bangkok ni sejuk. Sejuk dia mcm genting or cameron lah bagi kita. Dekat sini happy je. Nampak semua happy masa tu, tak boleh nak cerita happy mcm mana. Kenangan yang tak dpt aku lupakan. Lepak tepi river dgn ditiup angin yang sejuk, dgr live band, gelak ketawa, tangkap gambar, nyanyi, haih happy sgt! Walaupun masa tu dah flat gila tapi kitaorg teruskan semangat nak jalan juga, kami ke Vespa Vintage. Akhir sekali kami makan dekat restoran muslim dkt sana. Makanan dia agak pelik tp boleh lagi lah terima. Sebelum balik hotel kami pi cari baju sejuk utk pakai esok sbb nak pi tempat yang sejuk. Berhenti dekat situ lepas tu balik hotel dgn tuktuk (lori kecik) Tamat hari pertama jelajah Bangkok kami. Balik je terus zzz sebab penat mampus masa tu. Tak dan nak lepak main uno. 

Ruktur 2 hari - RM85
Breakfast - RM6
Feri temple - RM0.30
Lunch - RM12
Dinner - RM16 seorang

Total = RM119.30

12 Jan 2015
Day 3 kami di Bangkok. Perjalanan kami dari bandar Bangkok ke destinasi ajak jauh masa tu. Pkl 4 pagi dah kena bangun. To Kanchanaburi we gooo! Masuk je van semua pengsan hahaha lawak betul. Berhenti breakfast. Kat sana banyak gila coffee shop dia. Mmg diaorg suka minum coffee kot? Haha. Yang aku perasaan, kitaorg kalau dekat sana nampak je 7E mesti nak masuk tak tahu lah pasai pa. 7E diaorg best juga, lebih best dari kita punya tau. Tapi susah juga kalau kita terpilih makanan yang tak halal. Org kata dkt sana senang je nak cari makanan halal tapi sebenarnya tak juga, kalau takde Abe die serious kitaorg pun tak kan tahu. Hampir terbeli roti B tau hish hish. Lepas kejadian tu je, kalau masuk 7E mesti beli benda yang sama lol. So make sure kena hati-hati sbb diaorg takkan tegur kita "eh yg ni tak halal" ke apa ok. Perjalanan ni mmg agak lama lah, asyik tertidur je kami tahu-tahu sampai je dkt mana-mana haha. Berhenti lunch dekat satu gerai muslim. Mcm biasa, dok tampal sticker je lah kami masa tu. Uncle driver tu sporting gila punya! Dia suka kami tampal sticker dkt ruktur dia hehe. Sampai dkt diaorg punya empangan, haih lawa gila. Rasa mcm tak cukup battery handphone nak tangkap gambar dkt sana, apa lah nasib. Nasib ada gopro. Lepak situ kejap lepas tu terus ke Erawan Waterfall. Air terjun paling mahal aku pernah pergi. Rm20 seorang. Tapi air terjun dia tak mcm dkt sini ok. Warna hijau, ada ikan lagi besar-besar, tempat dia iols bagi 4 star. Disebabkan lambat sikit kitaorg sampai, ada 30 minit je nak mandi sebab dia tutup petang tu. Bila dah sampai rugi tak mandi. Padahal aku pun tak mandi hehe. Malas lah nak salin bagai sbb tu tak join mandi. Lepas mandi settle, kami gerak balik Bangkok balik. Apa lagi, sambung tidur ler haha. Berhenti makan nasi kejap. Nasi minyak dia pun nice gila. Mcm biasa portion sikit je. Sampai diaorg tak cukup, tambah 2 3 pinggan. Aku plk jenis yang selalu je tak habiskan makanan mmg asyik sedekah kat org saje lah. 

Malam tu pulak kami ke satu tempat dkt situ ramai tourist berkumpul lepak minum. Nightlife dkt bangkok dkt situ lah. Nak shopping dkt situ sgt tidak digalakkan sbb mahal mampus. Lepas tu kami lepak shisha dkt Arab Street. Shisha dia tak nak mahal lagi plk tu. Satu Rm40, mampus habis duit dah haha. Tapi takpe aih, seronok lepak gelak sama-sama. Dah penat seharian dalam van, rasa nak simpan tenaga untuk keesokkan hari. Sampai je hotel kami buat meeting tergempar dalam bilik. Meeting nak pi masa esok nya and mcm mana nak bawak bagpack nak jejalan bila dah checkout nnt. Plus, sebab kami rasa semua dah over bajet, jadinya semua kehabisan duit masa tu. nak cucuk duit mmg tak boleh sbb semua tak link dgn international bank. Terus naik meeting sambil main uno. Fun mampus, semua kena main uno sambil bincang apa yang patut. Yang ni pun kenangan takkan aku lupakan. Rindunya moment masa tu. Gelak-gelak main uno, hilang semua masalah. Org kata kalau awal-awal dah dpt dugaan, endup mesti bahagia, i feel it! Sampai ke pagi kami main uno, pukul 7 pagi baru nak tidur. Nasib lah esoknya tak ada kena bangun cepat. Masa tu terasa mcm dah lama sgt kami dkt Bangkok rasa bila lah nak balik haha padahal baru 3 hari dkt sana. Pecutian kami ni melarat sampai seminggu, mmg patut pun nama heret tour lol. Semua best, semua sekepala, semua masuk air, bila main uno semua jadi gila.

Breakfast - RM10
Erawan Waterfall - RM20
Lunch - RM10
Dinner - RM8
Beli seluar - RM15
Beli seliper - RM35
Shisha & minum - RM10 seorang

Total = RM108

13 Jan 2015
Day 4, disebabkan kami nak check out tengah hari tu, pagi lagi dah bangun nak pack barang. Tapi takde lah rushing mana sebab tak de kemana pun masa tu. Nak tunggu ruktur ambil kami bawa ke Phuket and Krabi. Yay excited nak ke sana pulak. Bangun pagi kami sama-sama siapkan breakfast untuk semua. Masa tu kami makan sama-sama, mcm susah sama-sama lah masa tu sbb duit pun nak habis semua haha. Rasa mcm auch caring je semua masa tu sanggup bersusah bersama. Lepak lobby sambil tunggu ruktur datang pkl 2, kami melempet dkt situ main uno lagi. Fun sebenarnya ada uno ni, merapatkan lagi kami semua. Perjalanan ke Phuket tanpa Abe die guide kami, rasa mcm seram jgk. Dengan driver yang tak pandai nak speak english. Macam-macam kami terfikir, guna google translate lah, call Abe die lah, guna bahasa isyarat lah haha kelakar sgt. Perjalanan ke Phuket dekat seharian dalam van tu. Mmg kerja membuta jelah semua masa tu. Masa siang tu boleh lah kami main uno dalam van kejap haha. Yang ni mmg gila, turunkan seat tgh tu buat meja, nasib tak pening. Best gila, dok gelak je memanjang. Tengah malam berhenti makan roti ramai-ramai. Yang ni mmg buat aku touching sgt. Semua susah sama-sama. 

Perjalanan ke Phuket kitaorg malam best sbb boleh tidur je so tak terasa lama mana. Driver tu pun macam dah mengantuk sgt, yela dari siang drive. Risau pula kami semua. Suruh dia rehat kejap pun dia tak nak. Naik ruktur ni sampai Krabi mahai juga, habis almost 1k++ kalau bahagi Rm165 seorang lah. So kami perguna jelah dia bawa kami mana pun kami nak. Hari ke 3 ni banyak habis masa dalam van jelah tidur zzz. Dalam van banyak lah cerita yang kami dok sembang. Masa tu semua dah kamceng mampus so gelak macam setan pun tak malu dah aih. Aku ni plk jenis kuat gelak tak boleh cover haha. Dekat sana boleh naik tren tapi Abe die nasihatkan kami jgn naik tren sbb bahaya. Tak pasti bahaya dari segi apa? Lagi pun banyak habis masa je dalam tren nnt sampai 2 hari. Gila? Naik van seharian pun dah merungut, aih.

Breakfast - RM2 seorang (makan roti ramai-ramai)
Ruktur to Phuket & Krabi - RM165 seorang
Lunch - RM6
Dinner - RM2 seorang (makan roti ramai-ramai)

Total = RM175

14 Jan 2015
Day 4, sampai phuketttttt! Aih dah lama teringin nak ke sana. Finally sampai juga lepas berjam jam dalam van tu. Sakit badan gila tak boleh nak cakap cane sakit dia haha sampai gitu. Sampai je terus ambik cousin Mek lin dkt sana. Nasib Mek lin ramai kabel dkt sana so senang lah bawa kami jejalan. Sampai pagi tu kami dah rasa seram shit tgk driver tu bawak van tak betul, nak suruh dia tidur lah kejap. So kami berhenti dkt 360 utk tgk view phuket. Pagi-pagi lepak situ mcm pishanggggg je haha. Dah ok sikit, kami teruskan perjalanan nak terjah apa yang best dkt phuket. Plan dia sebenarnya nak terus ke Krabi masa tu sbb tak book hotel lagi takut pula dah full kan. Alhamdulillah semua bisa diatur sbb Mokku (cousin Mek lin) ada kawan yang dkt Krabi boleh settlekan hotel. Yay settle, so kami boleh jalan dkt Phuket. I love Phuket!!!! View dia cantik gila. Tapi kalau nak stay phuket high cost sgt, so lupakan k. Baik korang stay krabi tapi pergi phuket juga. Ala dalam Rm30 je. Tapi jangan ambil pakej ke phuket dkt Krabi, korang kena pergi sendiri. Naik bas dari town dalam Rm15 je. Must go! 

Kat Phuket kami singgah makan kejap lepas tu jalan 3 4 tempat. Banyak habis masa dkt dlm van juga masa tu sbb phuket jammed dia mcm KL gak huhu. Mcm biasa, kami tidur saje haha haiyakkk. Dengan tak mandi satu hari tu, sabar jelah. Tak tahu apa nama tempat tengok view dkt phuket tu, Phuket viewpoints kot? tapi tempat yg wajib lah korang kena pergi. Masa tu aku dah start gelap dah haih belum sampai krabi lagi tu. Jangan lupa pakai sunblock ya kawan-kawan hehe. Lepas tgk view phuket 2 3 tempat, kami pergi tengok gajah pula. Tak wajib pun nak pergi sini tapi disebabkan kami dapat free kami pun on je. Mokku punya kabel mmg boikkkk haha. Then kami teruskan perjalanan ke Krabi. Masa tu dah rimas dah dgn tak mandinya kan, panas plk tu, tak larat nak jalan lagi dah. Berhenti tengok dalam van je. Perjalanan ke Krabi dalam 3 jam lah. Mcm biasa, tidur! Tahu2 dah sampai Krabi. Rasa tak sabar nak sampai Krabi masa tu. Sakit badan sgtttttt. Nampak je Krabi terus rasa ahhhh leganya sampai dah. Kami tidur dkt Ao Nang sebab situ je tempat yg patut stay. Kalau korang pergi sana pun jgn tidur dkt town dia ya, korang akan pisang nnt. Sampai Ao Nang check in hotel untuk 2 malam. 

Malam dkt Krabi, kami tak ada buat apa sgt pun. Just jalan cari makan, aktiviti yang chill-chill gittuw. Kat sana famous dgn pancake so korang kena try ok. Aku suka pancake nutela yang kosang je tanpa pisang. Nyums. Ingatkan best sgt lah Krabi ni, rupanya hm hampeh. Dah lah tempat yg kecik, sampai kitaorg melempet duduk tepi jalan, borak-borak kosong je. Sempat juga beli baju I love Krabi utk mandi esoknya. Ingatkan tak nak mandi tapi mcm rugi je nanti. Soooo mandi jelah. Malam tu masih tampal sticker heret tour kami dkt semua tempat haha. Kalau pergi sana, cari sticker kami ya! Balik hotel, sambung main uno seround lepas tu tidur.

Breakfast - RM5
Tips to ruktur - RM50-100
Snacks - RM5
Hotel 2 malam - RM50 seorang (bilik share 3 orang)
Dinner - RM6
Pancake - RM5
Tshirt Krabi - RM15

Total = RM130

15 Jan 2015
Yang ni kira hari-hari terakhir kami untuk bersama lah. Satu hari tu kami buat aktiviti island. Pakej 5 island dalam Rm40 seorang je. Pakej island ni biasanya kena pandai cari lah ya. Jangan sampai kena tipu. Nasib juga lah ada Mokku boleh ckp siam kalau tak kami mmg akan selalu lah kena tipu. Naik boat ke pulau start dari pukul 9 pagi lagi. So bangun awal juga lah masa tu naik van dulu ke jetty dia. Pakej pulau ni sekali dgn makan, so duit makan sehari tu dah settle. First island, best. Aku awal-awal dah standby bwk power bank takut tak cukup battery phone. Dkt situ ada bukit boleh tgk view, dia berhentikan kita dalam 45 mins je. Second island kami snorkeling. Bagi aku aktiviti snorkeling dia tak best mana pun. Best lagi dkt Pulau Redang nung hehe. 2 island juga aktiviti snorkeling dia. Aku tak minat sgt nak snorkeling ni, so aku buat sekali je hehe. Berhenti makan dkt satu pulau. Best juga, dia bagi kita makan nasi dgn 2 lauk. Tengok org putih pun makan nasi, how sweet makan ramai-ramai. Pulau last sekali, kami mandi. Mandi dkt tepi-tepi gua lah mcm tu. Best juga, cantik sgt. Rugi masa tu tak ada tangkap gambar pun. Kami guna gopro jelah. Buat video dkt gopro.

Balik je dari aktiviti island, kami sewa motor dalam Rm20. Motor plk comel gila. Naik mandi siap semua, kami round town Krabi sampai malam. Semua pakai seluar yang kami beli. Comel! Jalan dekat town dia pun takde lah best mana. Town dia kecik je. Sempat lah kami pergi night market depa. Makanan dia mmg 5 star ok! Habeh gemok lah dok sana haha. Lepak makan-makan, gelak-gelak, disebabkan malam tu malam terakhir kami, kena habes kan masa bersama lama sikit. Sedih juga lah nak balik dah hm. Balik tu kami jalan kejap dkt Ao Nang, lepas tu naik main uno. Aku tak larat sgt masa tu tersadai awal dulu. Diaorg main sampai pagi juga. 

Breakfast - RM2 (makan roti share ramai-ramai)
Pakej island - RM40
Sewa motor - RM10 seorang
Dinner - RM6
Pancake - Rm5
Night Market - RM5

Total = RM63

16 Jan 2015
Pagi dah bangun nak pack barang nak balik dah. Hm sobs sobs. Terus naik motor habiskan masa jalan-jalan je. Planning nak mandi air terjun warna biru dkt krabi tapi rasa malas. So kami habiskan masa dgn picnic je tepi pantai, untuk kali yang terakhir. Makan-makan, main uno yang terakhir juga masa tu, mandi kejap. Lepas tu balik terus siap nak balik. Lepas check out, ada masa sikit kami jalan-jalan cari makan kejap. Dalam pukul 3 lebih, hantar motor, dan naik van untuk ke airport. Dekat je dalam 30 minit. Berpisah dgn Mokku dkt station bas. Haih sedih je sampai nangis hehe. Sampai airport check in, lepas tu tunggu flight depart pkl 6pm. Sampai klia2 pkl 8.30pm masa tu. Ni hat sedih gila nak berpisah dah. Aku pula ada org ambil dkt airport so terpisah awal. Semua nak balik Shah Alam lah, Bangi lah, Kerteh lah. Kitaorg janji nak join next heret tour keeeee? InsyaAllah kalau panjang umur, murah rezeki, pasti join. Apa pun heret tour goes to bangkok 2015 ni paling bestttttttttttt!!

Breakfast - Free (Mokku belanja nasi pulut ayam)
Lunch - Picnic (guna duit lebih deposit hotel share ramai-ramai)
Ruktur to airport - RM8 seorang
Flight Krabi to KUL - RM180

Total = RM188

Calculation in MYR sbb duit Baht masa aku pergi ni sama je rate dgn duit kita hehe so senang nak bajet ikut duit kita. So ni semua bajet untuk aku seorang lebih 1k++ tak termasuk duit beli benda mengarut ya. Tips yang paling penting korang kena planning percutian at least 3 bulan awal. Atau lagi berkesan untuk tidak rasa over bajet, booking tix flight awal tahun dan pergi akhir tahun hehe. Kat situ dah boleh saving duit belanja selama 11 bulan. Nak shopping kedaroh pun boleh. Jangan ikut mcm aku 3 minggu sebelum punya planning, mahu naik gila cari duit. Tips lain, please please buat schelude ke mana korang nak pergi and buat bajet awal-awal supaya tak terjadi apa yg jadi dkt kitaorg, and kalau boleh pergi by group yang ramai untuk elakkan lebih berbelanja, terapkan nilai sharing is caring hehe. Last but not least, enjoy dgn percutian korang, buang semua masalah, tolak tepi hal kerja, enjoy tapi berpada juga. 

Love, me.









Older Post | Newer Post



Qylv



Welcome to the life of a not-so-ordinary-wife! This blog is a way for me to share my thoughts, to write down things that I find interesting. Sit back and relax as you read about my journey.


Diary About



Instagram






Twitter







designed by qylv